Pemerasan RM1.25 juta, 3 pegawai kanan polis ditangkap – KPN

Tiga pegawai kanan polis ditahan susulan laporan kes pemerasan membabitkan RM1.25 juta.

Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, berkata suspek berusia antara 38 hingga 50 tahun ditahan sekitar Jalan Tun Razak di ibu negara.

“Siasatan awal mendapati semua suspek menafikan penglibatan dalam kes yang disiasat,” katanya dalam kenyataan.



Beliau berkata, permohonan reman bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah akan dibuat esok.

Katanya, siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Undang-Undang/Pendakwaan D5 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan

“Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara hingga 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau kedua-duanya sekali.

“Kes masih di peringkat siasatan dan polis menasihatkan orang ramai tidak membuat ulasan atau spekulasi yang boleh mengganggu siasatan,” katanya.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ruhainies trauma, Bella tak layan panggilannya (Video)



108 cawangan KFC ditutup, ini penjelasan mereka

Jokowi kecewa rakyat Indonesia lebih percaya doktor Malaysia



Beting pasir seluas padang bola timbul di Sungai Kelantan kerana kemarau [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker