Filipina dilanda gempa bumi berskala 6.0, ramai panik lari keluar pusat beli belah

MANILA: Gempa bumi berukuran 6.0 pada skala Richter melanda wilayah pulau Leyte di tengah Filipina hari ini.

Agensi Seismologi Filipina turut menjangka kerosakan dan gegaran susulan akan berlaku.

Pusat Penyelidikan Geosains Jerman (GFZ) merekodkan gempa itu pada magnitud 5.9 dengan kedalaman 10 kilometer (km).



Setakat ini tiada maklumat daripada pihak berkuasa Filipina mengenai kerosakan atau kematian akibat gempa luar pesisir itu.

Negara kepulauan itu terletak di “Lingkaran Api” Pasifik, di mana aktiviti gunung berapi dan gempa bumi adalah perkara biasa.

“Orang ramai panik dan bergegas ke luar pusat beli-belah,” kata Harold Giganto, seorang pegawai polis di bandar pantai Dulag di Leyte, yang mengawal pusat pemeriksaan berhampiran pusat beli-belah ketika gempa bumi melanda.

Giganto berkata, tiada laporan segera mengenai kematian atau kerosakan dan gegaran itu yang dikatakan agak kuat. – REUTERS



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ruhainies trauma, Bella tak layan panggilannya (Video)



108 cawangan KFC ditutup, ini penjelasan mereka

Jokowi kecewa rakyat Indonesia lebih percaya doktor Malaysia



Beting pasir seluas padang bola timbul di Sungai Kelantan kerana kemarau [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker