Ruhainies pertimbang tindakan undang-undang pada Sarah Yasmine

KUALA LUMPUR: “Buat masa sekarang, bergantung kepada keadaan.”

Demikian kata pelakon, Ruhainies ketika ditanya mengenai tindakan undang-undang yang akan diambil selepas namanya terpalit kontroversi menjadi ‘orang ketiga’ dalam rumah tangga pelakon, Bella Astillah dan Aliff Aziz.

Ruhainies, 32, ketika dihubungi berkata, dia menyambut baik cadangan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Zed Zaidi agar membuat laporan polis dan melaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap pendedahan mengaibkan yang dilakukan wanita Singapura, Sarah Yasmine.

“SENIMAN ada menghubungi saya dan cadangkan perkara ini. Saya ada merujuk dengan peguam untuk mendapatkan nasihat berkaitan perkara ini.

“Memang saya dapat saranan daripada pihak atasan SENIMAN untuk berbuat demikian. Tapi, buat masa sekarang, bergantung kepada keadaan,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, kontroversi rumah tangga penyanyi dan pelakon dari Singapura, Aliff dan Bella tercetus lagi selepas Aliff ditangkap khalwat dengan Ruhainies di sebuah kondominium mewah, di ibu negara, awal Mac lalu.

Tidak tahan kerap menjadi mangsa curang dan mendakwa Aliff melakukannya sebanyak 11 kali, Bella memfailkan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 11 Mac lalu.

Terdahulu, Sarah yang mendakwa sebagai kekasih Aliff mendedahkan pelbagai perancangan dan kata romantis membabitkan pasangan pelakon berkenaan.

Tidak cukup itu, beberapa nama artis turut terpalit kontroversi apabila didedahkan wanita berkenaan.

Sarah mendakwa, dia dan Aliff menjalinkan hubungan cinta sejak Januari lalu.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ruhainies trauma, Bella tak layan panggilannya (Video)

108 cawangan KFC ditutup, ini penjelasan mereka

Jokowi kecewa rakyat Indonesia lebih percaya doktor Malaysia

Beting pasir seluas padang bola timbul di Sungai Kelantan kerana kemarau [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker