Piala Thomas: Aaron-Wooi Yik tebus kekalahan Zii Jia

Beregu utama kebangsaan, Aaron Chia-Soh Wooi Yik memberikan ‘nyawa’ buat skuad Piala Thomas negara apabila menyamakan kedudukan 1-1 ketika menentang Denmark pada aksi terakhir Kumpulan D yang berlangsung di Chengdu, China, sebentar tadi.

Aaron-Wooi Yik yang diturunkan selaku beregu pertama selepas pemain perseorangan, Lee Zii Jia tewas 16-21, 22-24 pada perlawanan pertama, bangkit daripada kekalahan di set pertama 17-21 dengan mencatatkan kemenangan 21-17 di set kedua ke atas Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen bagi mengheret perlawanan ke set penentuan.

Tekanan terus dirasai buat kedua-dua beregu yang masing-masing berada di ranking keempat (Astrup-Rasmussen) dan kelima (Aaron-Wooi Yik) dunia itu di set penentuan namun gandingan dari Denmark berjaya memimpin perlawanan sehingga mata kelima sebelum Aaron-Wooi Yik kembali bangkit mengejar kedudukan.

Kedudukan mata saling terikat 8-8 pada satu ketika namun gandingan Denmark kembali mendahului perlawanan sebelum Aaron-Wooi Yik kembali menyamakan kedudukan pada mata ke-15 sebelum menerapkan permainan yang lebih konsisten untuk mencapai kemenangan 21-16.

Untuk rekod, pertemuan di Chengdu ini adalah yang ke-10 buat kedua-dua beregu dengan rekod kemenangan memihak kepada Aaron-Wooi Yik, 7-3.

Leong Jun Hao akan menggalas tanggungjawab sebagai pemain perseorangan kedua menentang Anders Antonsen selepas ini disusuli beregu kedua negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani yang akan turun ke gelanggang bertemu Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard.

Justin Hoh bakal menggalas cabaran selaku perseorangan ketiga menentang Rasmus Gemke.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ruhainies trauma, Bella tak layan panggilannya (Video)

108 cawangan KFC ditutup, ini penjelasan mereka

Jokowi kecewa rakyat Indonesia lebih percaya doktor Malaysia

Beting pasir seluas padang bola timbul di Sungai Kelantan kerana kemarau [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker