Fadhli Shaari ‘terperangkap dalam jerat sendiri, akhirnya mohon maaf pada Calon PH
Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari berharap isu calon Pakatan Harapan (PH) DUN Kuala Kubu Baharu yang mendapat pendidikan di sekolah vernakular akan ‘berterusan’ hingga PRK 11 Mei.
Tanpa menjelaskan lebih lanjut mengenai ‘harapannya’ itu, Ahli Parlimen Pasir Mas turut memohon maaf kerana menyusahkan Pang Sock Tao yang terpaksa mendedahkan keputusan dan sekolahnya di peringkat rendah serta menengah.
Terdahulu, Pang mendedahkan keputusan UPSR dan SPM yang menunjukkannya mendapat semua A dalam mata pelajaran diambil.
Menerusi slip keputusan dikongsinya, ahli DAP itu menduduki UPSR di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) On Pong, Hulu Langat, manakala SPM di Sekolah Menengah Chung Hua, Port Dickson, Negeri Sembilan.
“Saya mohon maaf kerana bangkitkan isu pendidikan peringkat UPSR dan SPM calon PH PRK KKB.
“Secara tidak langsung mendedahkan calon tersebut mendapat pendidikan di sekolah vernakular. Dengan permohonan maaf ini, semoga isu ini berterusan hingga pilihan raya kecil nanti,” kata Fadhli di Facebook.
Bercakap kepada FMT, Fadhli yang mengesahkan hantarannya itu berharap pendedahan berkenaan diingati pengundi.
Semalam, Fadhli mencabar Pang menyatakan latar belakang pendidikan rendah dan menengah yang pernah diterimanya, memandangkan tiada catatan di poster profil calon PH itu.
Sebelum ini, latar belakang pendidikan calon Perikatan Nasional (PN) Khairul Azhari Saut yang juga pemangku ketua Bersatu Bahagian Hulu Selangor dijadikan isu kerana poster profilnya mencatat memiliki diploma dan sarjana tanpa ijazah.
Sementara itu, Setiausaha Publisiti DAP, Teo Nie Ching, mendakwa Fadhli terperangkap dengan permainannya sendiri dan terpaksa membangkitkan isu sekolah vernakular.
“Mungkin YB Pasir Mas kurang selesa bahawa Xiao Tao (Pang Sock Tao) belajar di sebuah SJKC.
“Tetapi, ada juga pimpinan PAS menghantar anak-anak mereka ke SJKC seperti ramai ibu bapa Melayu yang lain,” katanya dalam kenyataan.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Aliff menangis Sarah minta putus hubungan
- Ruhainies mahu bersemuka dengan Bella, Sarah
- Bertengkar sampai langgar kereta jiran
- Tak sampai 2 tahun, kerajaan PN Perlis dah terpalit siasatan SPRM
- PRK Kuala Kubu Bharu: Calon Melayu vs Calon Cina, yang mana pilihan pengundi?
- Norjuma didakwa tendang, cakar dan tampar tiga individu
- Tanah keluarga pelakon dipindah milik PTG Selangor tanpa pengetahuan
- Tertekan hon punca kekecohan ketika upacara pengebumian Komander Muhammad Firdaus (Video)
- Aliff Aziz mati kutu nak bayar ansuran kereta
- Aliff dan Ruhainies sanggup berkomplot jatuhkan Bella
- Emma Maembong tersilap langkah ‘voice note’ Ruhainies isu Bella Astillah
- Ruhainies jangan kaitkan nama saya – Chacha Maembong
- Bruce Gilley ‘cabut’ balik, dakwa Malaysia tak selamat
- Akmal bidas Adun Bersatu, Aleef Yusof
- Akaun fleksibel KWSP boleh keluar bila-bila masa
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Penangan Leona nyanyi pelat, lagu Ketipak Ketipung Raya makin tular
Melampau, siasat individu hina mangsa nahas helikopter bertembung
Vlogger China digelar bodoh oleh kakitangan syarikat penerbangan tempatan
You must be logged in to post a comment.