Siasatan 5 individu termasuk anak MB Perlis turut babitkan minuman untuk Raja

Siasatan 5 individu termasuk anak MB Perlis turut babitkan minuman untuk Raja

KANGAR: Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap pemalsuan dokumen untuk membuat tuntutan palsu oleh lima individu termasuk seorang anak kepada Menteri Besar Perlis turut membabitkan dakwaan mengenai penyediaan minuman untuk kegunaan Raja Perlis yang dirawat di Hospital Tuanku Fauziah di sini.

Dokumen arahan pembayaran mengenainya juga tular di media sosial ketika ini.

Berdasarkan dokumen arahan pembayaran kepada bertarikh 19 Februari tahun ini, ia membabitkan bayaran berjumlah RM19,505.10 dan difahamkan tiada sebarang air minuman yang dibekalkan kepada Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail seperti mana butiran dokumen berkenaan.

Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM Putrajaya Datuk Azmi Kamaruzaman berkata, siasatan masih terus dijalankan dalam pelbagai aspek termasuk dakwaan yang tular di media sosial itu.

“Ya siasatan juga turut merangkumi dakwaan yang sedang tular di media sosial pada waktu ini berhubung hal berkenaan (penyediaan minuman untuk kegunaan Raja Perlis),” katanya ringkas.

Dalam masa yang sama, Azmi turut mengesahkan bahawa kesemua suspek yang berusia 27 hingga 37 yang direman selama dua hari sebelum ini bagi membantu siasatan berkenaan sudah dibebaskan hari ini.

“Kita mengesahkan bahawa kelima suspek yang ditahan itu sudah dibebaskan dengan wang jaminan dikenakan sebanyak RM10,000 setiap seorang.

“Mereka dibebaskan pada 11 pagi hari ini di Pejabat SPRM Perlis di Kangar,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, peguam kepada kesemua suspek dalam kes berkenaan, Mohd Fadhly Yaacob ketika ditemui di pekarangan bangunan Persekutuan Perlis yang menempatkan Pejabat SPRM Perlis itu berkata, pihak SPRM bebas untuk memanggil semula anak guamnya untuk melengkapkan siasatan sekiranya ada keperluan untuk berbuat demikian tanpa perlu melakukan penahanan reman.

“Sekiranya terdapat keperluan untuk memanggil semula kesemua anak guam saya untuk hadir memberi keterangan berhubung siasatan itu, maka mereka akan hadir.

“Dari hari pertama lagi (ketika anak guam ditahan), saya sudah nyatakan kepada SPRM bahawa sekiranya mereka memerlukan anak guam saya untuk beri keterangan, beritahu sahaja pada mereka dan mereka akan hadir tanpa perlu direman atau ditahan pun,” katanya.

Semalam, Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli terbuka untuk anaknya yang disiasat SPRM Putrajaya berkaitan pemalsuan dokumen untuk tuntutan palsu berjumlah RM600,000 menerima hukuman seandainya terbukti bersalah dalam hal berkenaan.

Pada Rabu lalu, enam lelaki termasuk seorang anak kepada Menteri Besar Perlis dan pegawai kanan di Pejabat Menteri Besar Perlis direman bai membantu siasatan kes berkenaan yang membabitkan pelaksanaan projek pembangunan prasarana seperti membaikpulih, menyelenggara, perbekalan dan perkhidmatan di seluruh Perlis sejak 2022 di mana menjurus kepada tuntutan palsu terhadap kerja yang tidak dilaksanakan. BH

Siasatan 5 individu termasuk anak MB Perlis turut babitkan minuman untuk Raja

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penangan Leona nyanyi pelat, lagu Ketipak Ketipung Raya makin tular

Melampau, siasat individu hina mangsa nahas helikopter bertembung

Vlogger China digelar bodoh oleh kakitangan syarikat penerbangan tempatan

‘Kenapa Allah Tak Kahwinkan Kau’ (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker