Jutawan Malaysia bawah 30 tahun semakin meningkat
Jutawan Malaysia bawah 30 tahun semakin meningkat
Bilangan jutawan muda di Malaysia semakin meningkat, dengan peningkatan 75 peratus jutawan berumur 30 tahun ke bawah dicatatkan pada 2022, lapor New Straits Times.
Angka daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menunjukkan bahawa 35 orang berumur bawah 30 tahun pada tahun itu mengisytiharkan pendapatan mereka melebihi RM1 juta.
LHDN berkata badan cukai itu telah merekodkan bilangan jutawan muda yang stabil, dengan sekurang-kurangnya 20 orang muda mengisytiharkan pendapatan sekurang-kurangnya RM1 juta setiap tahun sejak 2018.
“Bagaimanapun, kami masih belum mendapat angka untuk 2023 memandangkan proses e-filing bagi tahun itu masih berjalan,” katanya.
Pada masa sama lebih 94 peratus pembayar cukai di bawah umur 30 tahun yang berpendapatan lebih RM1 juta tidak mencatatkan sebarang baki cukai tertunggak pada tahun antara 2018 dan 2021.
“Bagaimanapun, penilaian tahap pematuhan pembayar cukai perlu mengambil kira termasuk penyerahan borang pengisytiharan cukai pendapatan setiap tahun, pematuhan arahan pembayaran ansuran dan baki cukai, serta memastikan pengisytiharan cukai dibuat dengan betul dan tepat, antara yang lain,” katanya.
LHDN berkata setiap individu, termasuk influencer media sosial yang jumlah pendapatan bercukai melebihi nilai ambang, mesti mendaftar untuk fail cukai pendapatan.
Ini kerana individu yang memperoleh pendapatan penggajian tahunan melebihi RM34,000 dan mempunyai Potongan Cukai Bulanan (PCB) layak dikenakan cukai. Vc
Jutawan Malaysia bawah 30 tahun semakin meningkat
Baca Artikel Menarik:
- Ramai MC penat tempuh kesesakan
- Ambil tindakan terhadap Hezry Yasin – Wanita UMNO
- Roy lega ibu jari kaki tak perlu dipotong
- Hattan hilang adik pada Syawal kelima
- Perbandingan Tentera Iran-Israel, siapa lebih kuat? [VIDEO]
- Kes Madu Marissa Dania, Kakak Misya Mazlan pula bersuara
- Amaran Iran buat Israel, ‘jangan bertindak balas, dendam sudah terlunas
- Sanggup beratur panjang hampir 2 jam hanya untuk ‘kencing dan berak’ [VIDEO]
- Kes tembakan KLIA: Ustazah Farah Cie dinasihat tidak buat kenyataan
- Suami isteri maut, motosikal berkuasa tinggi BMW terbabas jalan Jeli-Dabong
- Ji Zia dibidas, hanya Lee Chong Wei layak bercakap soal imej
- Pusat beli-belah di Sydney diserang, enam maut termasuk kanak-kanak
- Sanggup tikam rakan dan sumbat mayat ke dalam peti ais
- Ikan bandaraya pemusnah ekosistem, ikan patin, tilapia & lampam hampir pupus
- Syasya tinggalkan Dolla
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Sakit apendiks, kaki pula yang kena potong
Peniaga tembikai agih buah kepada pengguna jalan raya [VIDEO]