Titah Adendum Agong, Veteren UMNO pula bersuara
Veteran UMNO menuntut kerajaan supaya berterus terang dalam isu Titah Adendum Yang di-Pertuan Agong ke-16 membabitkan tahanan di rumah kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.
Setiausaha Veteran UMNO Malaysia, Datuk Mustapha Yaakub berkata, langkah itu perlu bagi mengelak kekeliruan dan syak wasangka rakyat kepada kerajaan.
Menurutnya, sekiranya benar adanya Titah Adendum itu, maka Veteran UMNO menuntut supaya ia dilaksanakan.
“Adendum tersebut dibuat Al-Sultan Abdullah yang ketika itu masih Yang di-Pertuan Agong dan ia adalah haknya sebagai Agong yang mesti dilaksanakan oleh kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambah Mustapha, kesanggupan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menandatangani afidavit yang beliau pernah melihat titah itu bersama Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz lebih menguatkan lagi wujudnya adendum tersebut.
“Ia diperkuatkan lagi apabila Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail juga pernah dan ada melihatnya. Justeru, Veteran UMNO mahu kerajaan menjelaskan dengan telus serta berterus terang tanpa menyembunyikan fakta.
“Kalau ‘tidak’ maka perjelaskan apa yang sebenarnya berlaku. Veteran percaya dua orang menteri kabinet yang menjadi ahli kepada Jawatankuasa Pengampunan itu tahu cerita sebenarnya,” ujarnya.
Beliau memberitahu, mereka yang terlibat perlu berterus terang dan tidak membiarkan rakyat berteka teki sekali gus menjejaskan kredibiliti kerajaan.
“Sementara itu tindakan Ahmad Zahid menandatangani afidavit itu jelas membuktikan kesungguhan dan keikhlasannya untuk membebaskan Najib sekali gus menjawab keraguan ahli UMNO yang selama ini menuduhnya tidak ikhlas untuk membela Najib,” ujarnya.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Ramai MC penat tempuh kesesakan
- Ambil tindakan terhadap Hezry Yasin – Wanita UMNO
- Roy lega ibu jari kaki tak perlu dipotong
- Hattan hilang adik pada Syawal kelima
- Perbandingan Tentera Iran-Israel, siapa lebih kuat? [VIDEO]
- Kes Madu Marissa Dania, Kakak Misya Mazlan pula bersuara
- Amaran Iran buat Israel, ‘jangan bertindak balas, dendam sudah terlunas
- Sanggup beratur panjang hampir 2 jam hanya untuk ‘kencing dan berak’ [VIDEO]
- Kes tembakan KLIA: Ustazah Farah Cie dinasihat tidak buat kenyataan
- Suami isteri maut, motosikal berkuasa tinggi BMW terbabas jalan Jeli-Dabong
- Ji Zia dibidas, hanya Lee Chong Wei layak bercakap soal imej
- Pusat beli-belah di Sydney diserang, enam maut termasuk kanak-kanak
- Sanggup tikam rakan dan sumbat mayat ke dalam peti ais
- Ikan bandaraya pemusnah ekosistem, ikan patin, tilapia & lampam hampir pupus
- Syasya tinggalkan Dolla
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Peniaga tembikai agih buah kepada pengguna jalan raya [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.