Real Madrid ‘henjut’ penyandang Juara

England: Pertahanan Real Madrid, Antonio Rudiger menyumbat gol penentuan yang membantu pasukannya menang 4-3 menerusi penentuan penalti ke atas penyandang juara Manchester City selepas aksi suku akhir kedua Liga Juara-Juara berakhir 4-4 secara agregat apabila kedua-dua pasukan seri 1-1 awal pagi tadi.

Pemain City, Bernardo Silva dan Mateo Kovacic kedua-duanya gagal menyempurnakan penalti ketika penalti penentuan untuk memberikan kelebihan kepada Madrid dan Rudiger melengkapkan percubaan terakhir mereka melepasi penjaga gol Ederson sekali gus menamatkan impian City untuk meraih treble buat kali kedua.

Selepas kedua-dua pasukan terikat dalam perlawanan menarik 3-3 pada aksi pertama, Madrid, yang menjulang trofi Liga Juara-Juara dengan rekod 14 kali, mendahului pada perlawanan itu apabila Rodrygo mengejutkan penonton di Etihad dengan gol pada minit ke-12.

Itulah percubaan terakhir tepat menuju ke sasaran Madrid pada malam yang menyaksikan City menguasai 68 peratus pegangan bola, namun tuan rumah mensia-siakan peluang demi peluang sebelum Kevin De Bruyne akhirnya menyamakan kedudukan pada minit ke-76.

Ia memaksa perlawanan itu berlanjutan hingga ke masa tambahan namun City gagal mencari gol kemenangan, membolehkan Madrid meraih tempat ke separuh akhir berdepan Bayern Munich. – REUTERS

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jantan takdak teloq – Puteri Sarah

Sakit apendiks, kaki pula yang kena potong

Bella tenang disamping Syed Saddiq

Peniaga tembikai agih buah kepada pengguna jalan raya [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker