Panduan Solat Sunat Gerhana Matahari dan Bulan

Panduan Solat Sunat Gerhana Matahari dan Bulan

Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan Gerhana Matahari Separa pada 20 April 2023, mulai jam 11:00 pagi hingga 1:30 tengah hari dengan litupan 2% di bahagian utara Semenanjung Malaysia dan litupan semakin bertambah sehingga 43% di Sabah kerana bayang-bayang penumbra Bulan melalui di Malaysia pada waktu tersebut.

Umat Islam digalakkan untuk menunaikan solat sunat gerhana semasa fenomena gerhana tersebut berlaku.

Apakah Solat Sunat Gerhana?

Solat Sunat Gerhana Bulan / Matahari / Kusuf didirikan sebanyak 2 rakaat seperti solat sunat yang lain.

Apa yang membezakannya adalah ia mempunyai 4 al-Fatihah, 4 rukuk dan 4 sujud dalam 2 rakaat tersebut.

Solat sunat gerhana boleh dilakukan sama ada secara berseorangan atau berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah.

Lafaz Niat


Maksudnya: “Sahaja aku Solat Sunat Gerhana Matahari dua rakaat kerana Allah Taala“

Panduan Solat Sunat Gerhana Matahari

Cara pelaksanaan solat sunat gerhana matahari yang lebih sempurna adalah seperti berikut:

Rakaat Pertama

Takbiratul Ihram.
Membaca doa iftitah.
Membaca surah al-Fatihah.
Membaca surah al-Baqarah atau mana-mana surah.
Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira 100 ayat.
Iktidal serta membaca surah al-Fatihah.
Membaca surah Ali-Imran atau mana-mana surah.
Ruku dan membaca tasbih kira-kira 90 ayat.
Iktidal.
Sujud dan membaca tasbih.
Duduk antara 2 sujud.
Sujud kembali.
Berdiri ke rakaat kedua.

Rakaat Kedua

Membaca surah al-Fatihah.
Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.
Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira 70 ayat.
Iktidal serta membaca surah al-Fatihah.
Membaca surah al-Maidah atau mana-mana surah.
Ruku dan membaca tasbih kira-kira 50 ayat.
Iktidal.
Sujud dan membaca tasbih.
Duduk antara 2 sujud.
Sujud kembali.
Membaca tasyahud akhir.
Memberi salam.
*Sunat membaca 2 khutbah selepas solat sunat gerhana sebagaimana dua khutbah Jumaat dari segi rukun dan syarat-syaratnya.

Panduan Solat Sunat Gerhana Bulan

Solat Sunat Gerhana Bulan didirikan sebanyak 2 rakaat seperti solat sunat yang lain. Apa yang membezakannya adalah ia mempunyai 4 al-Fatihah , 4 Ruku’ dan 4 sujuddalam 2 rakaat tersebut.

Berikut adalah cara Solat Sunat Gerhana Bulan yang lengkap mengikut rakaat.

Rakaat Pertama

Takbiratul Ihram
Membaca doa Iftitah
Membaca surah al-Fatihah
Membaca surah al-Baqarah (atau mana-mana surah)
Ruku’ dan membaca tasbih (kira-kira 100 ayat)
lktidal serta membaca surah al-Fatihah.
Membaca surah Ali-lmran (atau mana-mana surah)
Ruku’ dan membaca tasbih (kira-kira 90 ayat)
Iktidal
Sujud dan membaca tasbih
Duduk antara dua sujud
Sujud kembali
Berdiri untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua

Membaca surah al-Fatihah
Membaca surah al-Nisa’ (atau mana-mana surah)
Ruku’ dan membaca tasbih (kira-kira 70 ayat)
lktidal serta membaca surah al-Fatihah.
Membaca surah al-Maidah (atau mana-mana surah)
Ruku dan membaca tasbih (kira-kira 50 ayat)
Iktidal
Sujud dan membaca tasbih
Duduk antara dua sujud
Sujud kembali
Membaca tasyahud akhir
Memberi salam

*Sunat membaca 2 khutbah selepas solat sunat gerhana sebagaimana dua khutbah Jumaat dari segi rukun dan syarat-syaratnya.

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tersebar foto mesra serta perbualan romantis Bella Astillah & Muaz Zabir

Afdlin Shauki akhirnya ‘tayang’ isteri

Kakak Safee Sali dedah adik pusing fakta dan bohong

Wanita tikam mati lelaki ketika lakukan seks

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker