Umno arah peguam parti bantu Akmal

Umno arah peguam parti bantu Akmal

Umno telah mengarahkan peguam dan penasihat undang-undang parti itu untuk membantu Ketua Pemuda, Dr Muhammad Akmal Saleh yang ditahan sepasukan polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pagi ini.

Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ia susulan dua laporan polis terhadapnya berhubung isu stoking tertera kalimah Allah.



“Setakat perbualan telefon dengan beliau sebentar tadi, dimaklumkan insya-Allah beliau akan dibebaskan selepas segala keterangan selesai diambil oleh pihak Polis.

“Umno telahpun meminta peguam dan Penasihat Undang-Undang Umno Mohd Hafarizam Harun untuk membantu Dr Akmal,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Akmal dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, sebaik ditahan disoal selepas lebih dua jam.

Mengulas perkembangan itu, Asyraf Wajdi, berkata dia sudah menghubungi Akmal yang disahkannya dalam keadaan baik.



“Alhamdulillah beliau berada dalam keadaan baik dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis yang menjalankan tugas.

“Menurut Dr Akmal beliau dijadualkan dipanggil memberikan keterangan di Kuala Lumpur esok, namun ditahan setibanya di Lapangan Terbang Kota Kinabalu.

“Alhamdulillah Dr Akmal baru saja dibebaskan selepas memberikan keterangan sebentar tadi,” katanya yang kini berada di Makkah.

Isu penjualan beberapa pasang stoking yang tertera kalimah Allah di kedai serbaneka KK Mart baru-baru ini menyaksikan Akmal menjadi watak utama yang mengajak orang ramai memboikot syarikat berkenaan.



Langkah itu diambilnya di sebalik permohonan maaf syarikat berkenaan, selain titah Yang di-Pertuan Agong agar isu berkenaan diredakan. Malah pengasas dan pengarah syarikat tersebut telahpun diheret ke mahkamah.

Pada 22 Mac lalu, Asyraf Wajdi berkata, Umno menyokong penuh pendirian lantang Akmal dan ketetapan tersebut dibuat sebulat suara kepimpinan parti dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno.

Gesaan dan kempen boikot tersebut juga menyaksikan sekurang-kurangnya tiga serangan bom petrol dilakukan di tiga premis berasingan KK Mart, masing-masing di Perak, Pahang dan Sarawak.

Bagaimanapun pada 3 April lalu, Ahli MKT Umno Bung Moktar Radin memaklumkan bahawa MKT melalui presidennya Ahmad Zahid Hamidi telah mengarahkan supaya ketua pemuda itu supaya berhenti daripada terus memainkan isu stoking tertera kalimah Allah.



Namun di sebalik arahan kepimpinan Umno pusat dan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim supaya semua pihak berhenti daripada terus memainkan isu berkenaan, Akmal tidak berganjak dan tetap mahu meneruskan kempen boikotnya.

“Agong ada larang untuk tidak boikot ke?” soalnya.

Umno arah peguam parti bantu Akmal

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isma Aliff rayu anak-anak pulang beraya

Teruja lihat pemain Everton buka puasa tepi padang



Aliff kantoi kerana GPS, perakam dengar perbualan tak senonoh

Curang tapi tak nak cerai sebab ada ‘game’ – Rita Rudaini

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker