Aktivis tuntut Akmal, empat aktivis Islam diharamkan ke Sarawak, Sabah
Aktivis tuntut Akmal, empat aktivis Islam diharamkan ke Sarawak, Sabah
Aktivis politik dari Sarawak dan Sabah mahu Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh dan empat yang lain yang didakwa mereka sebagai “dalang peningkatan ketegangan kaum dan agama, serta perselisihan sosial di negara ini”, dilarang daripada memasuki kedua-dua negeri di Borneo itu.
Dalam satu kenyataan bersama, Persatuan Aspirasi Rakyat Sarawak (Sapa) dan Sabah Defenders of Ancestral Lands’ (Mopot) menggesa Sarawak melarang beberapa individu daripada wilayah tersebut.
Mereka termasuk penceramah dan pendakwah bebas, Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Firdaus Wong, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu, Syakir Nasoha dan juga Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh.
“Senarai hitam imigresen yang dicadangkan mesti termasuk individu yang mencetuskan protes dan boikot yang didorong oleh sikap tidak bertolak ansur antara kaum dan agama, sehingga menimbulkan ketakutan dan rasa tidak selamat, serta menggalakkan sikap berpecah belah.
“Gesaan ini bertujuan untuk melindungi Sarawak dan Sabah daripada potensi gangguan dan risiko kepada perpaduan sosial,” kata Ketua Publisiti dan Penerangan Sapa Peter John Jaban (foto, atas) dan wakil Mopot, Atama Katama.
Sehubungan itu, kedua-dua mereka menekankan bahawa Sabah dan Sarawak mempunyai kuasa autonomi untuk mengawal hal ehwal imigresen sendiri seperti yang ditetapkan di bawah terma Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Sarawak, khususnya, sering menggunakan kuasa autonominya untuk menghalang rakyat Malaysia daripada semenanjung yang dianggap tidak diingini.
Mengulas lanjut, mereka berkata Premier Sarawak Abang Johari Openg perlu mengemas kini senarai hitam itu dengan menambah nama-mana individu yang tidak dialu-alukan di Sarawak.
Ini kerana individu-individu berkenaan boleh menjejaskan “persekitaran yang aman, dan nilai eksklusif, toleransi dan keharmonian sosial” kedua-dua negeri itu. Mk
Aktivis tuntut Akmal, empat aktivis Islam diharamkan ke Sarawak, Sabah
Baca Artikel Menarik:
- Pemain EPL Dikesan Memiliki Darah Malaysia
- Apandi sahkan tidak dirujuk batal rayuan isu Batu Puteh
- Gelombang Lailatulqadar sama seperti Kaabah
- Najib mohon jalani tahanan rumah
- Jamal Abdillah jual daging lembu
- Jaafar Onn meninggal dunia
- Saya Panglima UMNO Sabah, takkan berundur dan kekal bertanding dalam PRN – Bung Moktar
- Kereta Satria ‘terbang’ berjaya diturunkan [VIDEO]
- ‘Spiderboy’ keluar ikut tingkap ketika van sekolah sedang bergerak [VIDEO]
- Menteri mahu MCMC ambil tindakan terhadap Aliff Syukri
- Mufti Perlis disanggah Ustaz Ali Muda
- Aliff Syukri Hina Ramadhan – Netizen
- Diva AA tuntut bayaran dan permohonan maaf penganjur Fiesta Raya Baling
- Geng RXZ lagak samseng, patahkan palang tol untuk lalu
- Wang dalam akaun bank isteri Zahid lesap
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tersebar foto mesra serta perbualan romantis Bella Astillah & Muaz Zabir
Kakak Safee Sali dedah adik pusing fakta dan bohong