Wanita tikam mati lelaki ketika lakukan seks

Wanita tikam mati lelaki ketika lakukan seks

Mayat lelaki berusia 45 tahun yang ditemukan di hadapan tandas awam Dataran Lemang Manek Urai, Kuala Krai, pada Isnin lalu, didapati meninggal dunia akibat ditikam ketika sedang melakukan hubungan seks.

Menurut siasatan polis, dia ditikam oleh seorang ketika melakukan hubungan seks dengannya pada 28 Mac.

Ketua Polis Kelantan Muhammad Zaki Harun berkata wanita itu dibawa dari Sungai Tong, Setiu Terengganu, ke beberapa kawasan dalam daerah Kuala Krai dan dikurung secara salah.

“Mangsa kemudian telah ditikam sebanyak tiga tikaman di bahagian perut dengan menggunakan sebilah pisau oleh wanita tersebut ketika melakukan hubungan seks.

“Mangsa dipercayai melarikan diri setelah wanita berkenaan berjaya melepaskan diri daripada pengawasannya,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Zaki berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra untuk bedah siasat.

Punca kematian disebabkan luka yang di bahagian perut kesan daripada tikaman yang menembusi abdomen dan terkena usus najis.

“Mangsa juga tidak mendapatkan rawatan awal di pusat kesihatan sehingga menyebabkan luka dalam menjadi parah akibat jangkitan kuman.

“Mangsa turut mempunyai beberapa rekod lampau berkait kes jenayah dan narkotik,” jelasnya.

Polis menahan seorang wanita berusia 28 tahun dan merampas sebilah pisau pemotong sayur.

Polis membuka kertas siasatan bawah Seksyen 342 (kurungan salah) dan Seksyen 302 Kanun Keseksaan (membunuh orang). Mk

Wanita tikam mati lelaki ketika lakukan seks

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Aliff Syukri padam video lagu raya lepas kena kecam teruk

Datuk Red mengaku ‘scammer’

Diva AA buat hal di Fiesta Raya Baling 2024

‘Saya dihubungi orang Israel 6 kali, mereka kata akan cari saya sampai dapat’ – Pemuda Palestin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker