Tahniah Bersatu, tapi saya tetap sokong Anwar – Azizi

Tahniah Bersatu, tapi saya tetap sokong Anwar – Azizi

Ahli Parlimen Gua Musang, Azizi Abu Naim mengucapkan tahniah kepada Bersatu selepas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM) meluluskan pindaan perlembagaannya bagi membatalkan keahlian wakil rakyat bertindak bertentangan pendirian parti.

Tetapi, Azizi yang juga antara enam Ahli Parlimen Bersatu mengisytiharkan sokongan kepada kerajaan perpaduan, berkata beliau akan terus menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.



“Tahniah kepada Bersatu kerana atas kejayaan mendapat kelulusan JPPM dalam masa singkat. Tetapi, saya kekal konsisten untuk menyokong kerajaan Madani pimpinan Anwar,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, kelulusan pantas JPPM itu membuktikan tiada campur tangan politik daripada kerajaan dalam hal ehwal agensi persekutuannya.

Semalam, Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mengesahkan JPPM sudah meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berkuat kuasa 1 April lalu.

Keputusan Bersatu meminda perlembagaannya menyusul tindakan enam Ahli Parlimennya mengisytiharkan sokongan kepada Anwar tanpa keluar parti, membolehkan mereka memintas peruntukan bawah Perlembagaan Persekutuan yang mengkehendaki mereka mengosongkan kerusi disandang.



Ahli Parlimen lain yang menyokong Anwar ialah Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli) dan Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar).

Semua Ahli Parlimen itu memberi alasan sokongan mereka kepada kerajaan persekutuan disebabkan keperluan kawasan Parlimen dan mereka akan terus setia kepada Bersatu.

Adun Selat Klang Abdul Rashid Asari daripada Bersatu turut mengisytiharkan sokongan kepada Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

Ahli Parlimen Labuan Suhaili dilaporkan berkata, beliau tidak perlu mengosongkan kerusinya kerana pindaan itu hanya berkuat kuasa 1 April lalu, sedangkan beliau dan lima Ahli Parlimen lain mengisytiharkan sokongan kepada Anwar antara Oktober dan Januari lalu. FMT



Tahniah Bersatu, tapi saya tetap sokong Anwar – Azizi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Aliff Syukri padam video lagu raya lepas kena kecam teruk



Datuk Red mengaku ‘scammer’

Diva AA buat hal di Fiesta Raya Baling 2024



‘Saya dihubungi orang Israel 6 kali, mereka kata akan cari saya sampai dapat’ – Pemuda Palestin



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker