Fahmi jawab dakwaan tiada tilawah Al-Quran tahun ini

Fahmi jawab dakwaan tiada tilawah Al-Quran tahun ini

Kementerian Komunikasi memaklumkan pihaknya mengesan satu hantaran mesej tersusun memburukkan kerajaan dengan mendakwa tiada pertandingan majlis tilawah al-Quran pada tahun ini.

Menterinya Fahmi Fadzil berkata dia telah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk meneliti dan mengenal pasti mereka yang terbabit dengan “operasi” itu.

“Sejak semalam, kementerian ini telah mendapati ada siri mesej yang tersusun, satu tindakan yang dimulakan beberapa pihak khususnya di platform media sosial Facebook yang membuat tuduhan dangkal dan jahat.

“(Mereka) menuduh tahun ini tak ada majlis tilawah al-Quran peringkat kebangsaan atau antarabangsa.

“Mesej ini diulang dengan corak sedikit berbeza kalau nak dibandingkan dengan corak yang telah kita saksikan sebelum ini.

“Saya telah arahkan SKMM untuk meneliti, mengenal pasti semua yang terlibat dalam operasi ini dan kita akan ambil beberapa tindakan yang bersesuaian dan tegas memandangkan ada pihak-pihak tertentu yang cuba memesong fakta,” katanya ketika sidang media di Putrajaya hari ini.

Terdahulu tular hantaran yang dimuat naik sejumlah pemilik media sosial yang mendakwa tiada masjlis tilawah al-Quran diadakan tahun ini.

Ada juga hantaran yang mendakwa Malaysia tidak lagi menganjurkan pertandingan tilawah dan fokus kepada konsert.

Susulan itu, laman Facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memuat naik hantaran berhubung Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan akan diadakan pada 23 hingga 28 Mei nanti di Kuantan, Pahang.

Fahmi berkata dakwaan tersebut sebenarnya sangat mudah untuk disahkan iaitu hanya dengan membuat carian di internet.

Malah, katanya lagi, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan telah mengeluarkan kenyataan bagi menafikannya.

Sementara itu, Fahmi berkata dia akan bertemua dengan pemilik Facebook, Meta berhubung perkara itu.

“Saya dapati ada beberapa pihak telah masukkan komen ini dalam beberapa kumpulan di Facebook dan telah mencapai lebih 1,800 perkongsian.

“Isnin depan saya, SKMM serta beberapa agensi lain akan mengadakan pertemuan dengan Meta dan kita akan bangkitkan bagaimana Meta telah diperalat dan diperguna untuk memesong fakta dan menyebar maklumat serta berita palsu.

“Sekiranya pihak Meta gagal utk memberikan kerjasama kita ada beberapa tindakan yang sedang dirangka yang akan kita ambil kemudian,” katanya lagi. Mk

Fahmi jawab dakwaan tiada tilawah Al-Quran tahun ini

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tersebar foto mesra serta perbualan romantis Bella Astillah & Muaz Zabir

Afdlin Shauki akhirnya ‘tayang’ isteri

Kakak Safee Sali dedah adik pusing fakta dan bohong

Wanita tikam mati lelaki ketika lakukan seks

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker