Tiada sambutan Aidilfitri di Seri Perdana tahun ini
Tiada sambutan Aidilfitri di Seri Perdana tahun ini
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bercadang untuk membuat sebarang majlis sambutan Aidilfitri di kediaman rasminya di Seri Perdana tahun ini, sebaliknya hanya mahu mengikuti sambutan anjuran kementerian di negeri-negeri.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan harus mengamalkan langkah berjimat cermat, dan beliau mahu supaya tindakan itu dicontohi oleh agensi-agensi kerajaan yang lain
Sehubungan itu beliau menggesa setiap agensi dan kementerian, terutama sekali Kementerian Kewangan supaya tidak bermegah dalam mengadakan majlis sambutan Aidilfitri yang bakal diraikan tidak lama lagi.
“Janganlah bersaing siapa lebih megah… bukan duit kamu pun,” beliau berkata ketika berucap pada perhimpunan warga Kementerian Kewangan di sini, hari ini.
Sementara itu Anwar berkata keputusan kerajaan memberikan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam dibuat selepas mengambil kira kos sara hidup yang diakui sedikit meningkat ketika ini, selain memenuhi keperluan untuk menyambut Aidilfitri.
“Malam (Ahad) saya fikir (mengenai BKK itu) dan nak tidur pun terganggu. Jadi saya fikir bagi jelah sikit kurang-kurang reda sikit (beban) dan kerja pun semangat. Harap kita belanja dengan cermat dan berhemat.
Anwar mengakui agihan bantuan RM2,000 (Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam) kepada penjawat awam bulan lepas, tidak dapat menampung keperluan sedia ada.
“Saya telah jelajah ke Sarawak, Pahang, Perak dan Perlis, saya lihat masih ada penjawat awam di peringkat bawah mengeluh kerana kos sara hidup yang meningkat sedikit,” katanya.
Semalam Anwar mengumumkan BKK Aidilfitri RM500 kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah yang akan dibayar pada Jumaat ini, di samping BKK Aidilfitri RM250 kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta tidak berpencen.
Anwar seterusnya menggesa semua agensi, badan-badan berkanun kerajaan dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan untuk mengumumkan bantuan sama kepada pekerja mereka.
“Kalau boleh bagilah pertimbangan untuk ratusan ribu pekerja di bawah supaya mereka dapat habuan untuk meringankan beban bagi sambut Aidilfitri,” katanya. HM
Tiada sambutan Aidilfitri di Seri Perdana tahun ini
Baca Artikel Menarik:
- Telur Netanyahu bengkak
- Gigi Hadid kantoi minta Starbucks
- Neelofa, PU Riz semakin ‘rosak’ di media sosial
- Nabi pun tak panggil orang kafir itu kafir – UAI (Video)
- Search rakam lagu raya buat kali pertama
- Roy perlu bantuan, ibu jari kaki dah reput
- Saya tak nak gaduh – Shidee
- Zafrul letak jawatan bendahari Umno Selangor
- Ini tujuan pembunuh dari Israel datang ke Malaysia
- Isu tolak perkataan Kafir, Menteri Pendidikan mohon maaf
- Influencer fitnah peniaga, penganjur Bazar Ramadan buat laporan polis
- Kes Jana Wibawa: Muhyiddin tarik ‘handbrake’ di Mahkamah Persekutuan
- Akmal pertahan MB Johor isu kesesakan di Tambak Johor
- Masalah air selesai lagi 3 tahun? Cukup lah perbodohkan rakyat Kelantan
- Terbaik Putin, LGBT kini dianggap sebagai pengganas di Rusia
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Saya dihubungi orang Israel 6 kali, mereka kata akan cari saya sampai dapat’ – Pemuda Palestin