Senarai penjawat awam yang layak terima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Senarai penjawat awam yang layak terima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) sebanyak RM500 akan dibayar kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah, mulai Jumaat ini.
Kerajaan juga bersetuju menyalurkan BKKA kepada semua pesara kerajaan, termasuk veteran berpencen serta tidak berpencen.
Memperincikan insentif itu, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, dalam surat edaran semalam, memaklumkan BKKA 2024 akan dibayar kepada penjawat awam yang layak pada Jumaat ini.
RM500 akan diberikan kepada penjawat awam Gred 56 dan ke bawah yang masih berkhidmat pada 5 April, pegawai lantikan Contract of Service (COS), pegawai sambilan harian serta pegawai lantikan MySTEP dan RM250 kepada pesara kerajaan, veteran berpencen dan veteran tidak berpencen.
BKKA 2024 juga layak diterima oleh pegawai yang bercuti dengan bergaji penuh, bercuti separuh gaji dan bercuti tanpa gaji serta pegawai yang dipinjamkan, termasuk ke agensi yang diasingkan saraannya. BKKA ini dibayar oleh agensi yang menerima peminjaman pegawai itu.
Menurutnya, BKKA 2024 turut diberikan kepada pegawai lantikan MySTEP yang masih berkhidmat pada 5 April dan telah dilantik sebelum 5 April.
Selain itu, guru interim, pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Utama B dan ke atas serta Gred Khas A dan ke atas yang layak, tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya. Selain itu, pemandu yang dilantik sendiri oleh anggota pentadbiran, hakim dan pesuruhjaya kehakiman juga layak menerima BKKA 2024.
Menurut surat edaran berkenaan, bayaran BKKA 2024 bagi pesara kerajaan, termasuk yang bersara selepas mencapai opsyen umur persaraan atau bersara atas sebab kesihatan akan dilakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), manakala veteren berpencen dan tidak berpencen oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV).
“Veteran yang dilantik semula secara lantikan tetap, sementara serta COS dan masih berkhidmat pada 5 April, layak dibayar RM500 dengan bayaran RM250 oleh JPA atau JHEV dan baki RM250 dibayar oleh jabatan di mana pegawai sedang berkhidmat,” menurutnya.
Bagaimanapun bayaran BKKA 2024 tidak layak diberikan kepada pegawai dalam kumpulan pengurusan tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku, dipinjam atau ditukar sementara dan penempatan khas ke Gred Jawatan Utama atau Gred Khas.
Menurut surat edaran itu, pemberian BKKA 2024 adalah dikecualikan daripada cukai pendapatan selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 127 (3A) Akta Cukai Pendapatan 1967. BH
Senarai penjawat awam yang layak terima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Baca Artikel Menarik:
- Telur Netanyahu bengkak
- Gigi Hadid kantoi minta Starbucks
- Neelofa, PU Riz semakin ‘rosak’ di media sosial
- Nabi pun tak panggil orang kafir itu kafir – UAI (Video)
- Search rakam lagu raya buat kali pertama
- Roy perlu bantuan, ibu jari kaki dah reput
- Saya tak nak gaduh – Shidee
- Zafrul letak jawatan bendahari Umno Selangor
- Ini tujuan pembunuh dari Israel datang ke Malaysia
- Isu tolak perkataan Kafir, Menteri Pendidikan mohon maaf
- Influencer fitnah peniaga, penganjur Bazar Ramadan buat laporan polis
- Kes Jana Wibawa: Muhyiddin tarik ‘handbrake’ di Mahkamah Persekutuan
- Akmal pertahan MB Johor isu kesesakan di Tambak Johor
- Masalah air selesai lagi 3 tahun? Cukup lah perbodohkan rakyat Kelantan
- Terbaik Putin, LGBT kini dianggap sebagai pengganas di Rusia
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Saya dihubungi orang Israel 6 kali, mereka kata akan cari saya sampai dapat’ – Pemuda Palestin