Malam sebenar Lailatul Qadar
Malam sebenar Lailatul Qadar
Dari Ubadah bin ash-Shamit bahawa dia bertanya kepada Rasulullah tentang Lailatulqadar maka Rasulullah bersabda,
“Carilah Lailatulqadar itu pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadan. Sesungguhnya Lailatulqadar itu ada pada malam-malam ganjil iaitu malam kedua puluh satu atau malam kedua puluh tiga, atau malam kedua puluh lima atau malam kedua puluh tujuh atau malam kedua puluh sembilan atau pada malam terakhir.” (HR Ahmad).
Kemudian ada satu lagi hadis, dari Salim, dari ayahnya, katanya ,
“Seorang lelaki bermimpi bahawa malam qadar terdapat pada malam ke 27 bulan Ramadan. Maka Nabi s.a.w. bersabda: Aku bermimpi seperti mimpi mu iaitu pada 10 yang akhir. Kerana itu carilah dia pada malam-malam yang ganjil.”
Ramai ulama yang mentafsirkan bahawa malam Lailatulqadar berlaku pada malam yang ganjil. Kenapa ganjil? Inilah jawapannya berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan at-Tirmizi,
“Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil) dan Allah menyukai witir maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli al-Quran.”
Dari Abu Hurairah, dari Nabi s.a.w. sabdanya,
“Allah mempunyai 99 nama. Siapa menghafalnya masuk syurga. Dan sesungguhnya Allah itu ganjil dan Allah suka yang ganjil.
Amalan paling afdal ketika Lailatulqadar
Dianjurkan untuk memperbanyakkan doa untuk meminta ampun sepanjang bulan Ramadan dan dilipatgandakan lagi ketika sepuluh malam terakhir. Ini berdasarkan pada hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad, bahawa Aisyah bertanya,
“Wahai Rasulullah! Jika aku mendapatkan malam Lailatulqadar, maka doa apa yang boleh aku panjatkan? Rasulullah menjawab; “Katakanlah; Ya Allah! Sungguh Engkau Maha Pemberi Maaf, Engkau suka memberi maaf, maka maafkanlah aku.” (HR At-Tirmidzi, an-Nasa-i dan Ibn Majah).
Sememangnya dari satu sudut apa yang boleh kita minta ialah pengampunan. Itulah yang terbaik. Malah di dalam hadis menunjukkan untuk meminta ampun adalah dengan bersungguh-sungguh. Allah tidak akan menerima doa dari hati yang lalai.
Hadis lain menunjukkan iaitu dua mata yang tidak akan masuk neraka, pertama mata yang menangis kerana takutkan Allah. Kedua adalah mata yang menjaga sempadan dan berperang. Itu menunjukkan berdoa kena bersungguh dan sampai menangis.
Manakala bersedekah pula, tidak ada dalil yang mengatakan ia adalah amalan terbaik. Tidak ada hadis yang khusus menyebut tentang bersedekah kecuali ada satu hadis tentang beribadat nabi yang bersungguh-sungguh.
Amalan yang terbaik adalah solat di samping apa saja amalan baik yang boleh dilakukan. Jangan dikhususkan amalan yang dilakukan. Setiap umat Islam boleh melakukan ibadat mengikut kemampuan tersendiri.
Amalan yang dianjurkan
Pertama: Menghidupkan malam dengan solat tahajud. Rasulullah bersabda,
“Barang siapa menunaikan solat tahajud pada malam kemuliaan dengan penuh keimanan dan keinginan untuk mendapat pahala daripada Allah nescaya diampuni dosanya yang telah lampau.” (HR Bukhari).
Kedua: Doa dan iktikaf kerana nabi sering iktikaf sepuluh malam terakhir Ramadan, bersungguh-sungguh di dalam ibadat dan tangguhkan urusan dunia.
Contohilah apa yang dilakukan oleh Rasulullah apabila sampai pada sepuluh hari terakhir Ramadan. Dari Aisyah katanya,
“Apabila telah masuk sepuluh yang akhir bulan Ramadan, Nabi s.a.w. lebih giat beribadat malam-malamnya. Beliau bangunkan keluarganya, beliau lebih tekun dan beliau kencangkan ikatan kainnya (menjauhi isterinya untuk lebih banyak mendekati Allah)” (HR Muslim).
Di dalam hadis yang lain pula disebutkan, dari Aisyah r.ha. katanya,
“Sesungguhnya Nabi s.a.w. iktikaf pada tiap-tiap sepuluh yang akhir bulan Ramadan hingga Baginda wafat. Kemudian para isteri Baginda meneruskan iktikaf seperti itu sesudah Baginda wafat.”
Ketiga: Mandi kemudian pakai minyak wangi dan berhias. Ini bukan hadis nabi tetapi ada di dalam amalan para ulama terdahulu. Surah Al Araf ayat 31,
“Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan solat).”
Semuanya dilakukan di masjid pada malam lailatulqadar, pakailah pakaian yang paling cantik, memakai minyak wangi pada malam 10 Ramadan terakhir untuk beribadat. Berbuat ibadat termasuklah di dalam soal kebersihan dan memakai wangi-wangian. Wallahu a’lam Utv
Malam sebenar Lailatul Qadar
Baca Artikel Menarik:
- Telur Netanyahu bengkak
- Gigi Hadid kantoi minta Starbucks
- Neelofa, PU Riz semakin ‘rosak’ di media sosial
- Nabi pun tak panggil orang kafir itu kafir – UAI (Video)
- Search rakam lagu raya buat kali pertama
- Roy perlu bantuan, ibu jari kaki dah reput
- Saya tak nak gaduh – Shidee
- Zafrul letak jawatan bendahari Umno Selangor
- Ini tujuan pembunuh dari Israel datang ke Malaysia
- Isu tolak perkataan Kafir, Menteri Pendidikan mohon maaf
- Influencer fitnah peniaga, penganjur Bazar Ramadan buat laporan polis
- Kes Jana Wibawa: Muhyiddin tarik ‘handbrake’ di Mahkamah Persekutuan
- Akmal pertahan MB Johor isu kesesakan di Tambak Johor
- Masalah air selesai lagi 3 tahun? Cukup lah perbodohkan rakyat Kelantan
- Terbaik Putin, LGBT kini dianggap sebagai pengganas di Rusia
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Saya dihubungi orang Israel 6 kali, mereka kata akan cari saya sampai dapat’ – Pemuda Palestin
You must be logged in to post a comment.