Ole Gunnar Solskjaer dedahkan sikap Ronaldo ketika menyertai Manchester United buat kali kedua

MANCHESTER: Ole Gunnar Solskjaer mendedahkan Cristiano Ronaldo ‘tetap beraksi’ ketika dia diletakkan di bangku simpanan selepas tiba di Manchester United – meskipun sudah meminta supaya dia tidak diturunkan.

Bintang itu menyertai semula United pada 2021 dengan misi untuk membantu Red Devils menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas Solskjaer membawa pasukan itu muncul naib juara pada tahun sebelumnya.

Dia meledak dua gol pada penampilan pertamanya menentang Newcastle dan pada aksi kedua berdepan West Ham.



Ronaldo beraksi buat kali ketiga berturut-turut berdepan Aston Villa – seperti yang dimahukannya.

Solskjaer kemudiannya meletakkan pemain itu di bangku simpanan namun Ronaldo jelas tidak gembira dengan permintaannya sendiri.

“Sebahagian manfaat yang kita dapat kehadiran Cristiano Ronaldo adalah semangatnya namun perkara itu mencetuskan masalah kepada kita.

“Anda ada Mason Greenwood, Marcus Rashford dan Anthony Martial, yang semuanya boleh belajar sesuatu daripada Ronaldo sebagai pemain terbaik dan berdisiplin. Jadi, anda fikir Ronaldo boleh membantu mereka.



“Apabila dia tiba di United, dia katakan kepada saya supaya menurunkannnya dalam tiga perlawanan berturut-turut dan rehatkannya pada perlawanan keempat.

“Tetapi dia begitu bersemangat dan apabila saya melakukannya (merehatkannya), dia tidak menyukai perkara itu,” dedah bekas pengurus United itu. -AGENSI



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker