Anwar akan gugurkan anggota kabinet yang terlibat dengan rasuah
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis menegaskan bahawa mana-mana anggota Kabinet di bawah pimpinannya yang didapati terlibat dengan salah laku rasuah, wajib digugurkan daripada jawatan mereka.
Beliau berkata, tindakan itu bagi menyelamatkan negara daripada gejala rasuah, dan beliau juga telah mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengambil tindakan terhadap jemaah Menteri yang didapati terlibat dengan salah laku itu.
“Sudah setahun lebih kita memerintah… banyak diserang, tetapi saya tanya di Parlimen dan di luar Parlimen beri satu bukti menteri, perdana menteri sekarang kalau mereka ada rasuah, dan kalau ada, kita siasat, dakwa dan ikut badan kehakiman – hukum.
“Namun tidak ada, dan (selepas) setahun tiga bulan saya ‘tabik’ dengan rakan-rakan, kita boleh beri imej rakan kepimpinan yang bersih daripada rasuah, dan ingatan itu jelas.
“…kalau ada (rasuah), saya akan kata jangan tanya saya, persila ambil tindakan dan orang bekenaan wajib digugurkan, baru negara selamat,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Sidang Kemuncak Pencegahan Rasuah Kebangsaan 2024 di sini pada Khamis. – Bernama
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Ustazah Asma terpaksa tutup kedai
- Lima ‘rider’ didakwa membunuh pemandu kereta yang terbabit nahas
- Itu bukan ‘lesen’ untuk pukul adik saya sampai mati
- Palsu, bukan orang Malaysia – FAM
- Ringgit terkurang nilai – Abdul Rasheed
- Tentera AS bakar diri bantah perang Gaza di luar Kedutaan Israel di Washington
- Pengarah Emraz mengaku tak salah gagal bayar tuntutan jemaah Umrah
- Fatiya Latiff makin ‘gila’, ajak Zahirah berduet pulak (Video)
- Adakah Anwar akan ‘tergelincir’ bersama nilai ringgit?
- Zahid serik seserik-seriknya
- Myvi hilang kawalan dan ‘terbang’ (Video)
- Wawa Zainal pilih madu Marissa sebagai duta tudung
- Kereta api ‘hantu’ bergerak lebih 70 kilometer tanpa pemandu
- Konsert pada malam Nisfu Syaaban di Kedah
- Pemandu mati dipukul, lihat bagaimana sikap Rasulullah terhadap pesalah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Saya tak halalkan – Alif Satar
RM3.5j majlis perkahwinan anak jutawan Bawal Exclusive