Lelaki bakar al-Quran di Russia dipenjara tiga setengah tahun

Lelaki bakar al-Quran di Russia dipenjara tiga setengah tahun

TBILISI: Mahkamah di Grozny, ibu kota wilayah Chechnya, Russia hari ini menjatuhkan hukuman penjara tiga setengah tahun terhadap seorang lelaki Russia kerana membakar al-Quran, lapor agensi berita Russia TASS.

Nikita Zhuravel, 20, ditahan pada Mei 2023 di bawah undang-undang yang menyinggung perasaan penganut agama selepas dia membakar al-Quran di luar sebuah masjid di Volgograd, 800 kilometer dari Grozny.

Bagaimanapun, penyiasat Russia memindahkan kes lelaki berkenaan ke Chechnya.

Jawatankuasa Siasatan yang mengendalikan jenayah berat, berkata mereka menerima banyak mesej daripada penduduk Chechnya yang meminta dilantik sebagai pihak yang terkesan dengan tindakan itu.

Chechnya mempunyai ramai penduduk beragama Islam dan pemimpinnya yang pro-Kremlin, Ramzan Kadyrov telah menggambarkan dirinya sebagai pembela agama Islam yang terulung di Russia.

TASS melaporkan Zhuravel mengaku bersalah atas pertuduhan terbabit dan berulang kali memohon maaf di mahkamah dan menyatakan dirinya tidak memikirkan akibat daripada tindakannya itu.

Jawatankuasa Siasatan berkata tertuduh dibayar untuk membakar al-Quran oleh pasukan perisikan Ukraine.

Russia memperkenalkan undang-undang terhadap individu yang menyinggung perasaan penganut agama pada 2013 sebagai sebahagian daripada tindakan Kremlin ke arah nilai sosial konservatif. BH

Lelaki bakar al-Quran di Russia dipenjara tiga setengah tahun

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa jadi dengan Azhar Sulaiman?

Saya tak halalkan – Alif Satar

Marissa pusing 360 darjah – Abby

RM3.5j majlis perkahwinan anak jutawan Bawal Exclusive

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker