Barisan EXCO akan dirombak, diumum minggu depan – MB

JOHOR BAHRU: Rombakan portfolio exco Johor akan diumumkan dalam seminggu lagi, melibatkan perubahan yang minimum, kata Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi.

“Akan ada (rombakan) tetapi tidak (besar), (hanya) minimum dan dibuat untuk kita memperkasakan urusan kerajaan negeri,” kata Onn Hafiz yang juga ketua Umno Johor kepada pemberita apabila ditanya mengenai desas-desus berhubung perkara itu,

Terdahulu, beliau mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno Johor buat kali pertama selepas dilantik memegang jawatan itu sejak 7 Dis tahun lepas, menggantikan Khaled Nordin.

Khaled yang juga naib presiden Umno dan menteri pertahanan turut hadir pada mesyuarat itu, selain Timbalan Ketua Umno Johor Ahmad Maslan.

Ketika berucap pada satu majlis Khamis lepas, Onn Hafiz yang juga Adun Machap itu berkata, beliau akan mengambil alih portfolio pelancongan.

Sebelum mengangkat sumpah sebagai menteri besar pada 15 Mac 2022, Onn Hafiz merupakan exco pelancongan, belia dan sukan negeri.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rafizi yang akan ‘terbakar’ jika terus temberang

Vida geram Marissa jadi penyondol

Kecantikan Marissa bikin ramai cair

Rekod Nasi Kandar Sulaiman pecah lagi, kali ini RM222

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker