Kes enakmen Syariah: Muhyiddin sebar berita palsu – Menteri

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata kenyataan Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan yang membatalkan 16 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 adalah tidak benar.

Fahmi berkata demikian sebagai respons kepada dakwaan Muhyiddin bahawa susulan keputusan itu, beberapa perbuatan yang bertentangan dengan hukum Islam tidak lagi menjadi kesalahan di Kelantan.

“Muhyiddin sebar berita palsu,” kata Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu menerusi laman X hari ini.

Semalam, Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 8-1 memutuskan bahawa 16 peruntukan kesalahan di bawah enakmen itu adalah batal dan tidak sah.

Keputusan itu disampaikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel sembilan anggota selepas membenarkan permohonan Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Abdul Rahman bagi mencabar isu perlembagaan untuk membatalkan 18 peruntukan kesalahan di bawah enakmen tersebut.

-Bernama

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rafizi yang akan ‘terbakar’ jika terus temberang

Vida geram Marissa jadi penyondol

Kecantikan Marissa bikin ramai cair

Rekod Nasi Kandar Sulaiman pecah lagi, kali ini RM222

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker