Zahid harap Tahun Naga akan bawa kebahagiaan
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada masyarakat Tionghua, yang akan menyambut perayaan itu esok, dengan harapan kedatangan Tahun Naga akan mempererat lagi perpaduan di antara kaum di negara ini.
Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO dalam catatan di laman Facebook, yakin sambutan Tahun Baharu Cina akan membawa kebahagiaan dan mengeratkan lagi hubungan perpaduan serta kekeluargaan sesama rakyat.
“Semoga perayaan tahun baharu ini akan membawa kebahagiaan dan mengeratkan hubungan serta kekeluargaan sesama kita semua meskipun berbeza agama, budaya dan bangsa tapi kita tetap sehati sejiwa,” katanya.
Menerusi hantaran itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah juga berkongsi video memaparkan beliau menyampaikan ucapan kepada masyarakat yang menyambut Tahun Baharu Cina dalam bahasa Mandarin, bermaksud: “Gong Xi Fa Cai. Saya orang Melayu, anda semua orang Cina, tapi kita semua orang Malaysia!”
Memasuki tahun baharu kalendar lunar pada 10 Februari 2024, Tahun Naga antara detik yang paling diraikan kerana mengikut ilmu warisan masyarakat Cina kuno, feng syui, tahun ini bakal membawa perubahan yang besar kepada masyarakat.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dalam hantaran di Facebook turut mengucapkan selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada seluruh masyarakat Cina di Malaysia.
Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berharap sambutan Tahun Naga ini akan membawa kesihatan berpanjangan, kebahagian, rezeki dan kemakmuran kepada semua. – BERNAMA
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Kahwin senyap-senyap, satu sen hartaku tak akan dapat
- Tak suruh cerai pun – Abby Abadi
- Mayat pekerja ladang hilang ditemui dalam perut buaya
- Curi motosikal di kampung boleh didakwa, takkan orang tua curi berbilion tak boleh?
- Petisyen enakmen jenayah syariah, ini penjelasan Ketua Hakim Negara
- Kerajaan Kelantan tewas, 16 peruntukan enakmen syariah Kelantan dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan
- Kereta menteri ikut rapat ambulans, pemandu disoal siasat Polis
- Kumpul dokumen harta 43 tahun, Mokhzani dan Mirzan mahu SPRM bersabar
- Anak pemimpin politik didakwa lakukan amang seksual
- Daim disyaki ada banyak lagi harta belum diisytihar – SPRM
- Elvina Mohamad kena tindih
- Mikail Ghazali ikut langkah Johan Ghazali
- Reaksi Abby Abadi mengenai pernikahan Marissa di Thailand
- Peguam Najib dedahkan Lembaga Pengampunan dan Agong berbeza pendapat
- Kenyataan Hadi penuh bongkak, sombong – Saifuddin
Layari Laman Facebook MYKMU.NET