Selebriti, netizen perlu bersatu hati ‘serang’ Israel

Selebriti, netizen perlu bersatu hati ‘serang’ Israel

TIADA kata-kata yang dapat menggambarkan betapa kejamnya Israel. Setakat artikel ini ditulis, lebih 5,000 penduduk Palestin terbunuh.

Lebih meruntun hati, menurut Defence for Children International-Palesine dianggarkan 1,661 kanak-kanak maut dalam pertempuran berdarah sejak 7 Oktober lalu.



Jenayah pembunuhan beramai-ramai oleh rejim Zionis itu menyemarakkan api kemarahan penduduk dunia termasuk Malaysia yang lantang mempertahankan hak rakyat Palestin yang terpenjara di negara sendiri sejak lebih tujuh dekad lalu.

Semua pihak bangkit memperjuangkan nasib rakyat Palestin. Tidak terkecuali golongan selebriti yang menghulur sumbangan dan lantang bersuara di media sosial mengutuk kekejaman tentera Isreal.

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza antara yang aktif menghulurkan bantuan melalui yayasan Nurjiwa Foundation.

Menurut Siti, sebanyak RM100,000 diagihkan kepada rakyat Paletin menerusi wakil pengurusan sekolah di bawah yayasan itu, Afwa Al-Afiyyah.



Malah, baru-baru ini, Siti ada meluahkan rasa terharu apabila penyanyi, pelakon dan pengacara terkenal Elly Mazlein sudi menyumbang sebanyak RM10,000 ke Tabung Bantuan Khas Palestin, Yayasan Nurjiwa.

Pelakon Aeril Zafrel pula nekad menjual supercar Lamborghini Aventador yang dihadiahkan oleh isterinya, Wawa Zainal setahun lalu dan menyalurkan separuh hasil jualan kereta mewah itu kepada Persatuan Cinta Gaza bagi meringankan beban rakyat Palestin.

Selebriti popular, Daiyan Trisha juga dilihat antara yang lantang membela nasib rakyat Palestin dengan laungan saudara Islam di Gaza jauh lebih penting berbanding kontraknya dengan beberapa jenama gergasi antarabangsa

Pelakon jelita itu turut menyalurkan sumbangan RM20,000 kepada Persatuan Cinta Gaza Malaysia.



Kelmarin, Ratu Rock Ella pula mengumumkan akan menderma sebahagian jualan tiket Konsert Ella Jilid Akhir Puteri Kota Edisi Utara di Pulau Pinang Sabtu ini kepada Tabung Cinta Gaza Malaysia.

Saya percaya ramai lagi selebriti tanah air yang berbuat tindakan sama, namun tidak diuar-uarkan.

Tidak hanya sumbangan kewangan, ramai anak seni bertindak sebagai ‘tentera maya’ di media sosial menentang keganasan rejim Zionis yang terus menindas rakyat Palestin termasuk Neelofa, Heliza Helmi, Que Haidar, Zulin Aziz, Nadhir Nasar dan ramai lagi.

Sikap prihatin mereka sewajarnya kita raikan dan sokong, bukan rancak mencari apa yang kurang untuk dijadikan bahan ‘serangan’ dalam media sosial.



Cuma sayang sekali apabila ada segelintir netizen umpama membuat pusingan U dengan menyerang pula selebriti yang berusaha menyuarakan solidariti mereka atas alasan kononnya luahan atau tindakan mereka kurang lantang. Tolonglah, jangan patahkan semangat mereka, sebaliknya kita bersama-sama bersatu hati dalam mendepani konflik sejagat ini. K Online

Selebriti, netizen perlu bersatu hati ‘serang’ Israel

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Dulu Pelakon Kini Pramugara

Ingat saya lembik – Shila Amzah



Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)

Wanita tayang punggung, payudara di Sabah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker