PATI lolos depoh solat Subuh bersama, penduduk kasihan beri mi goreng sebelum diserah kepada polis
TAPAH: Atas dasar kemanusiaan, penduduk Kampung Batu Melintang di sini memberi makan dan minum kepada dua tahanan yang lolos dari Depot Imigresen Sementara Bidor sebelum pendatang asing tanpa izin itu diserahkan kepada polis.
Pesara guru, Razali Talib, 69, berkata dua tahanan dalam lingkungan usia belasan tahun itu dikesan oleh kariah Masjid Jamek Ar Rahmaniah Batu Melintang ketika berada di masjid berkenaan pada awal pagi tadi.
Menurutnya, kerana berasa kasihan dengan keadaan mereka, dia memberi tahanan itu dua bungkus mi goreng walaupun mereka tidak memintanya.
“Bagaimanapun, seorang daripada tahanan iaitu yang (warga) Rohingya tidak mahu mi goreng sebaliknya dia minta maggi (mi segera), manakala yang (warga) Bangladesh mungkin disebabkan terlalu lapar dia habiskan satu setengah bungkus mi goreng tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Menceritakan detik mula mengesyaki kehadiran dua tahanan itu, Razali yang juga imam masjid berkenaan, berkata dia ternampak pendatang warga asing itu berada di dalam masjid ketika mahu mengerjakan solat subuh.
Menurutnya selesai mengerjakan solat sunat, dia lalu bertanya dua tahanan itu tentang asal mereka, namun tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberi.
“Saya tanya asal mereka, seorang daripadanya jawab “saya Bangladesh”, tetapi saya rasa dia berbohong kerana mukanya seperti orang Rohingya (Myanmar). Saya biarkan dulu untuk teruskan dengan solat subuh dan mereka pun solat sekali,” katanya.
Razali berkata usai solat subuh, dia terus meminta rakannya yang merupakan pesara polis, Mohd Isa Ariffin, 70, menghubungi pihak polis bagi memaklumkan tentang kehadiran dua pendatang asing tanpa izin itu.
Sementara menunggu ketibaan polis, menurutnya dia meminta siak dan bilal masjid mengawal pergerakan dua tahanan itu supaya tidak lari sambil berbual dengan mereka.
“Seorang tidak boleh cakap Melayu dan seorang lagi mendakwa dari Myanmar bekerja di kawasan ini. Saya syak mereka berbohong kerana selama ini tiada orang Myanmar atau Bangladesh kerja di sini,” katanya menambah dua tahanan itu berpakaian lengkap tetapi tidak memakai kasut.
Razali berkata polis tiba di masjid itu selepas selesai tadarus al-Quran dan mengesahkan dua pendatang asing tanpa izin tersebut merupakan antara tahanan yang lari dari depot imigresen sebelum membawa mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.
Menurutnya, kampung berkenaan memang sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga lebih-lebih lagi selepas ketua kampung memaklumkan kepada penduduk terdapat insiden tahanan lari dari depot tersebut dua hari lepas.
“Sebelum ini pun polis selalu masuk kampung dan ini adalah kawasan polis pencen. Apa-apa insiden yang berlaku, mereka akan maklumkan untuk keselamatan kampung,” katanya.
Dalam kejadian Khamis malam, 131 pendatang asing tanpa izin iaitu 115 etnik Rohingya, 15 warga Myanmar dan seorang warga Bangladesh, telah melarikan diri dari blok lelaki depot tahanan itu dan seorang daripada mereka meninggal dunia apabila terlibat dalam nahas jalan raya.
Terdahulu, Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh mengesahkan 10 tahanan yang melarikan diri berjaya ditahan setakat pagi ini.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Hukuman Najib dikurangkan, bakal bebas pada 2028
- Kami akan kembali – Pasangan YouTuber UK
- Ini cara saya balas dendam kerana ditinggalkan tunang
- Ini cara saya mencari rezeki – Kak KM
- ‘Bersemut’ tengok Zahirah Macwilson dengan Aiman
- Rohingya ceroboh masuk rumah
- Reaksi netizen terhadap 131 tahanan lolos
- Ayob Khan berdakwah dari pentas multaqa
- Sarjan polis direman kali kedua atas dakwaan rogol mangsa lain
- Pekerja kencing di longkang, restoran mamak kotor diarah tutup kali ketiga
- Pakar sahkan ‘perubatan alternatif’ antara penyumbang kematian akibat kanser
- Pengampunan Najib, Mukhriz ‘pening’
- Kongsi keputusan peperiksaan anak, wanita dikecam netizen
- Shaiful bidas Hassan Karim
- Hubungan Muhyiddin dan Hadi ‘tidak seindah’ dahulu
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.