Amerika Syarikat hadapi masalah kekurangan lembu ternakan
WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) mengalami masalah kekurangan lembu ternakan, demikian menurut angka yang dikeluarkan Jabatan Pertanian AS (USDA) pada minggu ini seperti laporan saluran berita Fox Business.
Statistik itu menunjukkan penternak di AS mempunyai bilangan ternakan yang kecil dan tidak mampu untuk memenuhi permintaan domestik. Ia menyebabkan harga daging lembu di pasaran meningkat.
Menurut USDA, bilangan lembu daging di seluruh AS merosot kepada 28.2 juta tahun ini, paras terendah sejak tahun 1970-an dan merosot dua peratus berbanding setahun lalu.
Ahli-ahli ekonomi pertanian berkata, kemarau yang berulang sejak tiga tahun lalu bersama peningkatan kos dan kenaikan inflasi menyebabkan tekanan terhadap pelanggan dan penternak.
Dalam pada itu, pakar-pakar berkata, kemarau berterusan dalam tempoh tiga tahun lalu menjejaskan beberapa negeri pengeluar daging lembu terbesar di AS iaitu Texas, Nebraska, Kansas, California dan Oklahoma. – AGENSI
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Hukuman Najib dikurangkan, bakal bebas pada 2028
- Kami akan kembali – Pasangan YouTuber UK
- Ini cara saya balas dendam kerana ditinggalkan tunang
- Ini cara saya mencari rezeki – Kak KM
- ‘Bersemut’ tengok Zahirah Macwilson dengan Aiman
- Rohingya ceroboh masuk rumah
- Reaksi netizen terhadap 131 tahanan lolos
- Ayob Khan berdakwah dari pentas multaqa
- Sarjan polis direman kali kedua atas dakwaan rogol mangsa lain
- Pekerja kencing di longkang, restoran mamak kotor diarah tutup kali ketiga
- Pakar sahkan ‘perubatan alternatif’ antara penyumbang kematian akibat kanser
- Pengampunan Najib, Mukhriz ‘pening’
- Kongsi keputusan peperiksaan anak, wanita dikecam netizen
- Shaiful bidas Hassan Karim
- Hubungan Muhyiddin dan Hadi ‘tidak seindah’ dahulu
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tanggal semua kemudian berambuslah – KPN
Norreen Iman silap tayang badan, tunjuk perut
You must be logged in to post a comment.