Kes rayuan akhir Najib, Zaid dan rakan kongsi dibebaskan
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Mohd Zaid Ibrahim dan dua rakan kongsinya dibebaskan daripada sebarang pelanggaran Akta Profesion Undang-Undang (LPA) dalam rayuan akhir Datuk Seri Najib Razak berkait kes SRC International.
Dalam hantaran di laman X, beliau memaklumkan, keputusan itu dibuat oleh Lembaga Tatatertib Majlis Peguam yang diketuai oleh Tan Sri Rohana Yusuf, semalam.
Katanya, beliau, Liew Teck Huat dan M Rueben dibebaskan daripada sebarang pelanggaran LPA atau etika undang-undang seperti yang didakwa oleh Presiden Majlis Peguam, Karen Cheah Yee Lynn, sebelum ini
“Aduan berpunca daripada keputusan kami untuk mendapatkan kebenaran mahkamah bagi penangguhan perbicaraan bagi membenarkan peguam utama baharu bersedia untuk kes itu.
“Akhirnya, keputusan yang betul dibuat bahawa kami tidak boleh dipersalahkan kerana melakukan yang terbaik untuk anak guam,” katanya beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada ahli Lembaga Tatatertib Majlis Peguam.
November lalu, media melaporkan Mohd Zaid menyaman Badan Peguam Malaysia dan presidennya berhubung kenyataan memfitnah yang mendakwa mereka menyalah guna dan mencemarkan sistem keadilan ketika mengendalikan rayuan akhir Najib dalam kes berkaitan dana SRC International.
Mohd Zaid, Teck Huat dan Rueben Mathiavaranam selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi Tetuan Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners (ZIST) di Mahkamah Tinggi pada 30 September 2022 dengan menamakan Badan Peguam Malaysia dan Karen Cheah Yee Lynn sebagai defendan pertama dan kedua.
Mereka mendakwa kenyataan akhbar itu antara lain membawa maksud mereka telah menyalahgunakan proses mahkamah dan melakukan salah laku profesional dengan menerima kes daripada Najib serta perlu menghadapi prosiding tatatertib kerana menjatuhkan maruah profesion guaman.
Najib pada 25 Julai 2022, melantik firma guaman Mohd Zaid untuk menggantikan Shafee & Co sebagai peguam cara dalam rayuan terakhir kes SRC International di Mahkamah Persekutuan. Hisyam Teh Poh Teik dilantik sebagai peguam utama menggantikan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.
Pada 26 Julai, Najib melantik ZIST untuk mewakilinya dalam rayuan terakhir terhadap sabitan dan hukuman di Mahkamah Persekutuan selepas menamatkan perkhidmatan Tetuan Shafee & Co berkuat kuasa serta-merta, namun menamatkan perkhidmatan ZIST sebagai peguam caranya pada 19 Ogos.
Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos tahun sama mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas bekas Perdana Menteri itu yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International.
Panel lima hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan Najib sememangnya tidak konsisten dan gagal menimbulkan keraguan munasabah.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Kenapa sekat rezeki kami? – Awie
- Najib boleh mohon dibebaskan atau DNAA Sept depan
- Sumbangan Asas Rahmah mula 22 Januari
- Pembantu rumah Elvina lari, curi duit, telefon bimbit
- Dua hari pakaian seragam, dua hari baju sukan – KPM
- Caj Haji berbeza kepada B40 dan M40
- Jual nasi bungkus murah pun kena marah
- Anwar nafi ‘kurung’ MP kerajaan
- Lelaki gila seks rakam aksi tiduri lebih 20 wanita, jual video lucahnya, ditahan
- Intan Najuwa nampak ‘berisi’, suami makin ‘slim’
- Mirzan Mahathir diarah isytihar harta
- Tun Musa Hitam alami kecederaan serius
- Darjah kebesaran Agus ditarik balik Sultan Kelantan
- Macam anak dan ayah jumpa lepas berpisah (Video)
- Lagi amanah luar pesisir berkaitan Daim bernilai ratusan juta didedahkan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET