Kerajaan Melaka dakwa zon bebas kenderaan di Bandar Hilir beri impak positif

MELAKA: Kerajaan negeri melakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa bagi memastikan pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir memudahkan semua pihak terutama bagi memberi limpahan ekonomi kepada peniaga.

EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin, berkata setakat ini pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan menunjukkan kesan positif khususnya peniaga sejak inisiatif berkenaan dilakukan pada 19 Ogos tahun lalu.

Beliau berkata sebagai contoh, pemindahan lebih 120 peniaga Uptown Pahlawan Walk dari tapak lama di Plaza Mahkota ke laluan kenderaan bermula di hadapan Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hingga hadapan Dataran Pahlawan sejak dua minggu lepas mendapat reaksi positif peniaga.

“Berdasarkan pemantauan dilakukan sejak pemindahan peniaga dilakukan, kedatangan pengunjung ke Uptown Pahlawan Walk semakin meningkat dan pendapatan peniaga juga meningkat.

“Situasi ini jelas membuktikan setiap penambahbaikan dilakukan kerajaan negeri di Zon Bebas Kenderaan itu bukan untuk menzalimi mereka tetapi membantu meningkatkan pendapatan,” katanya selepas Majlis Gelar Adat dan Gelanggang Persilatan Singa Bertujuh Pertubuhan Alqubro hari ini.

Selain itu, beliau berkata pemindahan peniaga Uptown Pahlawan Walk ke tapak baharu telah mengambil kira pelbagai faktor antaranya tapak baharu bazar malam itu lebih terang dan luas selain merupakan laluan utama pelancong berjalan semasa pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan.

Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir membabitkan penutupan beberapa jalan selama 54 jam bermula 6 petang setiap Jumaat hingga 12 tengah malam Ahad.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tengku Fa-iz dilucutkan gelaran Tengku Mahkota Kelantan

Unsur ‘softporn’, Alya Iman dan Shukri ‘dibantai’ netizen

Fatiya Latiff dicium pula selepas dipeluk

SuriaFM dedah punca khidmat Tyzo ditamatkan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker