2 kali Anwar buka ruang undi tak percaya, Fahmi bidas PN

2 kali Anwar buka ruang undi tak percaya, Fahmi bidas PN

Anwar Ibrahim “membuka ruang” dua kali untuk berdepan usul undi tidak percaya di Dewan Rakyat, kata jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil, menjawab konon tiada jaminan speaker menerima usul itu.

Menteri komunikasi mengulas kenyataan Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari yang turut mendakwa speaker akan menolak “mentah-mentah” usul itu jika dibawa, merujuk kepada beberapa usul lain dikemuka pembangkang sebelum ini.



Dalam hantaran di platform X, Fahmi turut menyertakan laporan media kenyataan Anwar pada 30 Julai lalu yang sedia memendekkan tempoh memfailkan notis kepada tiga hari, berbanding 14 hari jika pembangkang mempunyai sokongan mencukupi bagi membawa usul undi tidak percaya terhadapnya di Parlimen.

“Mungkin YB (Ahli Parlimen) Pasir Mas (Fadhli) dah lupa atau malas nak ingat,” kata Fahmi mengulas laporan FMT.

Dilaporkan Fadhli yang juga ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) berkata, tiada jaminan usul undi tidak percaya terhadap Anwar akan diterima Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul.

Beliau berkata demikian mengulas cabaran pembangkang berbuat demikian bagi menguji keabsahan Anwar pada sidang Dewan Rakyat bermula 26 Feb, sambil menyatakan usul undi tidak percaya bukan kaedah tunggal untuk menukar kerajaan.



Pada 3 Jan, Ketua Pengarah Pilihan Raya PN Sanusi Nor, mengesahkan wujud rancangan pembangkang menjatuhkan kerajaan mengikut proses Perlembagaan. Menteri besar Kedah itu berkata demikian ketika ditanya berhubung “Langkah Dubai” bagi menyingkirkan Anwar.

Semalam, Anwar dilaporkan berkata pembangkang tiada kekuatan menjatuhkan kerajaan termasuk membawa usul tidak percaya terhadapnya sebagai perdana menteri di Parlimen.

Kelmarin, Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim menggesa pembangkang segera mengemukakan usul tidak percaya terhadap Anwar sebelum Dewan Rakyat mula bersidang 26 Feb ini, jika serius mahu menguji keabsahannya yang didakwa tiada majoriti mudah 112 sokongan, merujuk kepada dakwaan “Langkah Dubai”.

Sebelum ini, media melaporkan wujud “Langkah Dubai”, perbincangan didakwa berlangsung di Emiriah Arab Bersatu antara pemimpin pembangkang dan wakil rakyat kerajaan tertentu bertujuan menjatuhkan pentadbiran Anwar. FMT



2 kali Anwar buka ruang undi tak percaya, Fahmi bidas PN

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perang Fatiya, Anju makin panas



Hati dia busuk sangat – Zarina Anjoulie

Gajah bergaduh di Jalan Jeli-Gua Musang



Ketua Polis Negara: “Kalau jumlah cukup ketua parti dah menghadap Agong”



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker