Perjalanan tanpa pasport antara Malaysia dan Singapura
Ia antara inisiatif dirancang untuk menyokong penubuhan zon ekonomi khas Johor-Singapura.
Perjalanan tanpa pasport antara Malaysia dan Singapura
Malaysia dan Singapura meneroka pelaksanaan perjalanan tanpa pasport di pusat pemeriksaan darat menggunakan sistem kod QR.
Dalam kenyataan bersama Kementerian Ekonomi serta Kementerian Perdagangan dan Industri Singapura, kedua-dua kerajaan berkata perjalanan tanpa pasport antara inisiatif bagi menyokong pembangunan zon ekonomi khas (SEZ) Johor-Singapura.
“Penggunaan dan pelaksanaan sistem pelepasan kod QR tanpa pasport di kedua-dua pihak akan memudahkan pelepasan penduduk di pusat pemeriksaan darat dengan lebih cepat,” kata kementerian itu.
Bulan lalu, Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi, mencadangkan Putrajaya melaksanakan sistem kod QR seperti Singapura di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru.
Beliau dipetik Bernama berkata, inisiatif seperti visa kemasukan berbilang, pas khas dan kakitangan Jabatan Imigresen dan kastam yang mencukupi perlu bagi memastikan pergerakan pekerja, pelawat dan barangan antara Johor serta Singapura berjalan lancar.
Terdahulu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loong menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman pembangunan SEZ Johor-Singapura oleh Menteri Ekonomi Rafizi Ramli serta Menteri Perdagangan dan Industri Singapura Gan Kim Yong.
Malaysia dan Singapura adalah rakan dagangan kedua terbesar bagi satu sama lain, dengan perdagangan dua hala berkembang 18.9% tahun ke tahun kepada SGD153 bilion (RM534 bilion) pada 2022.
Singapura juga berperanan sebagai sumber utama pelaburan langsung asing Malaysia pada 2022, dengan menyumbang 20.5% daripada keseluruhan FDI negara.
Perjalanan tanpa pasport antara Malaysia dan Singapura
Baca Artikel Menarik:
- Ada scammer dalam rumah Aman Graseka – Mas Idayu
- Awas ulat bulu laut, pengunjung pantai dinasihat berhati-hati
- Meerqeen dah berani ajak Ameera?
- Putera Mateen, Dayang Anisha nikah hari ini.
- Sanusi menghadap SPRM berkait isu rasuah RM6 juta
- Baru tingkatan 3 sudah berani samun warga asing
- Lori ubah haluan tiba-tiba, pasangan superbike cedera dilanggar [VIDEO]
- Kalau Teresa masih tak faham, tambah dos 2 sudu sawit sehari – Ka Siong
- Shiera cari Aman Graseka
- Komet lebih besar daripada Gunung Everest hampiri Bumi
- Najib pun tak tahu bila pengampunannya akan dibincang
- Puteri Sarah kesal Nurul Shuhada cetus gosip kahwin dengan Andi
- Daim dianiaya kerana kaya, dakwa isterinya
- Rumah Ngeh Koo Ham terbakar diserang, DAP kecam serangan ‘Molotov Cocktail’
- Pengikut IG Zahirah Macwilson bertambah, kesian Fatiya Latiff
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Perang Fatiya, Anju makin panas
Ketua Polis Negara: “Kalau jumlah cukup ketua parti dah menghadap Agong”
You must be logged in to post a comment.