Haram terima bantuan UMNO, kesan budaya khawarij parti tunggang Islam
Haram terima bantuan UMNO, kesan budaya khawarij parti tunggang Islam
KOTA BHARU: Tindakan seorang remaja menolak bantuan dari UMNO selepas takut dimarahi ibunya penyokong kuat parti berlabel agama kerana didakwa ‘wang daripada UMNO adalah haram’ membuktikan betapa bahayanya budaya ‘khawarij’ yang dibawa oleh parti yang menjadikan Islam sebagai tunggangan.
Timbalan Ketua Penerangan UMNO Kelantan Noor Hariri Mohamed Noor berkata, budaya tersebut jelas bercanggah dengan ajaran Islam sebenar yang menganjurkan umatnya bersatu padu.
Menurutnya, jika sikap pemimpin parti penunggang agama itu tidak ditegur perkara tersebut akan terus menjadi duri dalam daging yang boleh memecah belahkan perpaduan umat Islam di Malaysia.
“Bagi kumpulan itu mereka sahaja yang betul. Sikap itu tidak ubah seperti perangai Khawarij yang telah pun disebut oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW satu masa dahulu.
“Bagi saya, pemimpin parti tersebut perlu bertanggungjawab kerana ketika saat ini masih belum menarik balik amanat yang dikeluarkan sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas itu memberitahu, antara amanat yang pernah dikeluarkan oleh parti berkenaan ialah sembelihan orang UMNO adalah haram.
Katanya, lebih ekstrem mengkafirkan UMNO dan melabelkan solat orang UMNO tidak sah sekali gus mengundang kepada perpecahan dalam kalangan umat Islam.
“Namun saya hairan apabila pemimpin atasan parti mereka mengubah dasar bila kerjasama bersama UMNO.
“Semuanya dibolehkan hanya kerana asbab untuk mendapat kuasa,” ujarnya.
Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki apabila seorang pelajar berkali-kali menolaknya kerana takut dimarahi ibunya penyokong kuat parti berlabel agama kerana didakwa ‘wang daripada UMNO adalah haram’.
Asyraf Wajdi berkata, kisah pelajar berusia 17 tahun itu mendapat perhatiannya selepas seseorang individu memaklumkan mengenai kesusahan dihadapi pelajar tersebut. Utusan
Haram terima bantuan UMNO, kesan budaya khawarij parti tunggang Islam
Baca Artikel Menarik:
- Mereka mula goyang dengar nama Malaysia
- Dr Akmal akhirnya dapat jumpa Cik Aida
- CEO persatuan bola sepak antara 4 ditahan kes rasuah RM6 juta
- Jalan Silang digempur lagi
- Hamdan Senario meninggal dunia
- Pesanan Anwar kepada Mahathir
- Semua ‘padu’ kecuali Sanusi
- Mahathir sindir Anwar berkenaan Langkah Dubai
- Hantar anak naik Honda, tapi yuran Pasti tak bayar
- Pekat beno Peraknye Pak Wee
- Pelajar seret guru ke mahkamah atas dakwaan gangguan seksual
- Yana Samsuddin kena darah tinggi sebab vacuum robot
- Meerqeen enggan tewas
- Kritik beriani tak sedap, pekerja restoran belasah pelanggan
- Ada yang RM50 saja – Shamsul Ghau Ghau
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.