Zahid terbang ke Sabah malam ini bukan kerana politik Sabah bergolak

KOTA KINABALU: Lawatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke Sabah bermula malam ini tiada kaitan dengan spekulasi pergolakan politik di negeri ini.

Setiausaha politik beliau, Datuk Jamal Nerubi, berkata kehadiran Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO ke Sabah adalah untuk memenuhi jemputan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Bendecik.

Katanya, ia program rasmi Timbalan Perdana Menteri di Kota Belud esok bagi merasmikan Majlis Peluncuran Pembangunan Kadamaian sempena Majlis Rumah Terbuka Krismas Ewon.



“Lawatan ini tiada kaitan dengan pergolakan politik sebagaimana disiarkan beberapa portal dalam talian hari ini.

“Kita menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu… lawatan ini adalah lawatan kerja rasmi dan dakwaan berkenaan adalah usaha memburukkan nama Timbalan Perdana Menteri, di samping usaha untuk memecah belah kesatuan dalam UMNO Sabah,” katanya melalui kenyataan, malam ini.

Jamal yang juga Ketua UMNO Papar, berkata dalam lawatan ke Sabah kali ini, Ahmad Zahid juga mengambil peluang bertemu Ketua Bahagian UMNO di Sabah

Katanya, pertemuan diadakan malam ini di sebuah hotel di sini secara santai dan ramah, tanpa membabitkan perbincangan isu politik.



Dalam pada itu, Jamal berkata Ahmad Zahid dan UMNO Sabah kekal komited untuk mengekalkan kestabilan politik bersama Kerajaan Perpaduan demi membangunkan negara bersama.

Ahmad Zahid tiba di sini kira-kira jam 8 malam tadi sebelum mengadakan pertemuan dengan pemimpin UMNO Sabah di sebuah hotel, di sini bermula jam 8.30 malam.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Restoran Pak Mat Western kena kecam (Video)

As’ad Motawh anggap sekolah hanya buang masa (Video)



Kenapa Dr. Zulkifli memilih perkhidmatan Starlink?

Perbualan Whatsapps pemain TRW tersebar



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker