MP UMNO diarah ‘menghadap’ Zahid di Cameron Highlands? Ianya hanyalah fitnah

KUANTAN: Tuduhan kononnya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan semua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) berkumpul di Cameron Highlands bagi menyatakan pendirian sokongan kepada Perdana Menteri tidak betul dan fitnah semata-mata.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata fitnah dan tohmahan dibuat penulis blog, Raja Petra itu tidak lain sekadar bertujuan untuk mensensasikan isu berkaitan ‘Langkah Dubai’.

Malah, beliau berkata, tuduhan itu dibuat pula oleh seorang penulis blog veteran yang mengabdikan diri di luar negara kerana takut diambil tindakan atas fitnah yang dibuat hampir setiap hari.



“Maka saya menasihatkan rakyat Malaysia tidak percaya dengan fitnah murahan seperti ini.

“UMNO akan terus menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menggunakan wewenang baginda untuk mencadangkan agar Kerajaan Perpaduan ini ditubuhkan.

“Fokus dan tumpuan sepenuhnya akan diberikan kepada negara dan rakyat, bukan bermain politik murahan yang merugikan,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Wan Rosdy yang juga Menteri Besar Pahang berkata, kunjungan Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Presiden UMNO ke Cameron Highlands adalah sempena lawatan pasca bencana di Kampung Orang Asli Sungai Ruil, susulan kejadian tanah runtuh pada Oktober tahun lalu.



Katanya, hasil lawatan itu, beberapa keputusan mustahak yang menguntungkan rakyat juga dibuat.

“Ia kemudiannya disusuli program Jelajah Akar Umbi Presiden UMNO bersama UMNO Bahagian Cameron Highlands. Program ini dihadiri pimpinan UMNO di peringkat negeri dan bahagian,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Restoran Pak Mat Western kena kecam (Video)

As’ad Motawh anggap sekolah hanya buang masa (Video)



Kenapa Dr. Zulkifli memilih perkhidmatan Starlink?

Perbualan Whatsapps pemain TRW tersebar



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker