SD tiada guna lagi – Zahid

SD tiada guna lagi – Zahid

Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi berkata akuan bersumpah (SD) tidak berguna kepada mana-mana kerajaan pintu belakang selepas pengenalan undang-undang antilompat parti pada 2022.

Beliau berkata, sebarang keputusan menukar sokongan kepada perdana menteri perlu dibuat secara “en bloc”.



“Ia tidak akan berlaku kerana GPS yang diketuai Premier Sarawak (Abang Johari Openg) sudah memberi jaminan (akan terus menyokong kerajaan perpaduan),” katanya dalam sidang media di sini.

Zahid berkata, Gabungan Rakyat Sabah pula tidak memfokuskan politik negara ketika ini kerana sibuk bersiap sedia bagi PRN Sabah akan datang.

Justeru, beliau menggesa pembangkang berhenti merancang untuk menjatuhkan kerajaan dan membuang masa serta tumpuan rakyat.

“Kita ada masa empat tahun dari tahun ini untuk menghadapi PRU akan datang.



“Dalam tempoh empat tahun ini, mari kita bina semula negara kita bersama. Ia rosak hanya dalam satu penggal kerana tiga perdana menteri menerajui negara dalam tempoh itu, tetapi tidak membuahkan hasil baik untuk rakyat ketika itu.” katanya. FMT

SD tiada guna lagi – Zahid

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Rita Rudaini kecam ibubapa T20, nak susah hantar rumah kebajikan

Aidil jangan berangan nak jumpa anak – Rita Rudaini



Shamsul Ghau Ghau jual rumah, guna wang simpanan RM300,000

Adegan ‘aiskrim’ Amir Ahnaf kecoh di TikTok, tuan badan akhirnya mohon maaf



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker