Pesanan Anwar kepada Mahathir

Pesanan Anwar kepada Mahathir

Anwar Ibrahim enggan mengulas serangan Dr Mahathir Mohamad yang menggelarnya sebagai pakar gerakan pintu belakang, di tengah cakap-cakap berkaitan “Langkah Dubai”.

Perdana menteri sebaliknya meminta Mahathir, yang berumur hampir 100 tahun, menjaga kesihatan.

“Saya minta Tun (Mahathir) jaga kesihatan,” katanya sambil senyum selepas menyempurnakan wacana strategi anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi, di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur, pagi tadi.

Namun, tidak pasti pesanan tersebut sama ada satu sindiran atau sebaliknya.

Anwar cuma menjawab ringkas kepada soalan pemberita sebelum bergegas untuk beredar daripada tempat itu.

Mahathir hari ini di X mengungkit tindakan Anwar yang cuba menggulingkan kerajaan pada 16 September 2008 serta Langkah Kajang pada 2013-14 untuk menukar menteri besar Selangor.

“Ada juga langkah yang bersandar kepada ‘I have the numbers’ dan juga langkah ‘strong, formidable and convincing majority’.

“Semuanya adalah langkah untuk mengambil alih Kerajaan secara pintu belakang,” kata Mahathir.

Mahathir juga berkata Anwar tidak peduli terhadap kestabilan kerajaan, prinsip demokrasi dan ekonomi dalam usaha menjadi perdana menteri melalui pintu belakang.

Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Ismail Yusop pada 30 Dis lalu mendakwa terdapat gerakan baru sedang dirancang bagi menjatuhkan kerajaan.

Dakwanya, ia didalangi pemimpin parti pembangkang termasuk wakil tertentu kerajaan. Dia bagaimanapun tidak menamakan pihak itu.

Ismail berkata rancangan itu yang digelar Langkah Dubai timbul sewaktu percutian pemimpin PN termasuk dari pihak kerajaan di ibu kota Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini. Mk

Pesanan Anwar kepada Mahathir

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rita Rudaini kecam ibubapa T20, nak susah hantar rumah kebajikan

Aidil jangan berangan nak jumpa anak – Rita Rudaini

Shamsul Ghau Ghau jual rumah, guna wang simpanan RM300,000

Adegan ‘aiskrim’ Amir Ahnaf kecoh di TikTok, tuan badan akhirnya mohon maaf

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker