Mahathir sindir Anwar berkenaan Langkah Dubai
Mahathir sindir Anwar berkenaan Langkah Dubai
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menafikan beliau terbabit dalam gerakan Langkah Dubai yang didakwa dibuat bertujuan menjatuhkan kerajaan.
Bekas perdana menteri sebanyak dua kali itu menegaskan, beliau tidak berada di Dubai, ibu kota Emiriah Arab Bersatu (UAE) seperti yang heboh diperkatakan.
“Beberapa hari kebelakangan ini agak heboh mengenai Langkah Dubai dan ada yang babitkan saya dalam usaha yang dikatakan untuk tubuh kerajaan pintu belakang.
“Pertamanya, saya sudah lama tidak ke Dubai. Keduanya, sepanjang ingatan saya usaha politik langkah-melangkah, kerajaan pintu belakang atau backdoor Government adalah kepakaran Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim),” katanya dalam satu catatan di laman X, di sini hari ini.
Baru-baru ini, Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Ismail Yusop, mendakwa wujud gerakan dirancang bagi menjatuhkan kerajaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang didalangi pemimpin parti pembangkang bersama wakil kerajaan.
Ismail mendakwa, rancangan yang digelar sebagai ‘Langkah Dubai’ timbul sewaktu percutian pemimpin PN termasuk dari wakil kerajaan di ibu kota UAE, baru-baru ini.
Beliau mendakwa, pertemuan itu berlangsung untuk berunding selain menetapkan tugas tertentu kepada ‘pegawai’ yang dipertanggungjawab untuk mengenal pasti ahli Parlimen yang berpotensi beralih sokongan kepada pembangkang dengan sogokan, semata-mata mahu menubuhkan kerajaan ‘tebuk atap’.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir yang juga bekas Ahli Parlimen Langkawi, turut mengingatkan semua pihak mengenai gerakan sama pada 16 September 2008 serta Langkah Kajang pada sekitar 2013-2014, sesuatu yang sering dikaitkan Anwar ketika mengetuai pembangkang sebelum ini.
“Ada juga langkah yang bersandar kepada ‘I have the numbers’ (saya ada sejumlah sokongan Ahli Parlimen) dan juga langkah ‘strong, formidable and majority’ (majoriti yang kuat, berkemampuan dan meyakinkan)
“Semuanya adalah langkah-langkah untuk mengambil-alih kerajaan secara pintu belakang dan ketika ia sedang diusahakan, ia tidaklah dianggap derhaka, satu pengkhianatan atau akan menyebabkan kerajaan tidak stabil, merosak ekonomi atau melanggar prinsip demokrasi
“Kerajaan pintu belakangnya halal dan suci asalkan dapat jadi Perdana Menteri,” katanya. BH
Mahathir sindir Anwar berkenaan Langkah Dubai
Baca Artikel Menarik:
- ‘Tembak’ saya, bukan anak – Achey
- Pendakwah selebriti letak harga puluhan ribu?
- Bezza baru rosak, ini yang Perodua tawarkan
- Sanusi yakin kerajaan Anwar akan tumbang
- Lan Zailan jual kereta kesayangan kerana tiada tawaran berlakon
- Tin arak sengaja diletak depan pintu surau kondominium
- Ayu Puteh enggan mengalah disaman RM142 juta
- Guru bercerai kerana duka lara
- Cara daftar PADU dan maklumat diperlukan
- Jalil Elias import termahal Liga-M sertai JDT
- Zon batu kapur bagaikan bom jangka
- Pembantu rumah didakwa larikan anak selebriti wanita
- ‘Ustaz’ noda wanita ketika lakukan rawatan ditahan
- Pemegang PhD jual sayur untuk tampung kos hidup
- Netizen pertikai BCL buat umrah pakai ‘eyelash extension’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rita Rudaini kecam ibubapa T20, nak susah hantar rumah kebajikan
Adegan ‘aiskrim’ Amir Ahnaf kecoh di TikTok, tuan badan akhirnya mohon maaf
You must be logged in to post a comment.