Perkhidmatan kereta api terjejas selepas ribut landa UK

LONDON – Kelewatan pengangkutan akan berterusan pada Rabu walaupun perkhidmatan kereta api kembali beroperasi selepas hujan dan angin kencang disebabkan oleh Ribut Henk melanda sebahagian besar Britain, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Lebih 300 amaran banjir turut dikeluarkan di seluruh England dan Wales pada pagi Rabu manakala 10,000 rumah masih terputus bekalan elektrik.

Rangkaian kereta api United Kingdom (UK) terjejas akibat banjir dan gangguan bekalan elektrik pada petang Selasa, dengan banyak pengendali melaporkan masalah berterusan bagi perjalanan sebelah pagi.



Pengendali kereta api, Greater Anglia berkata, pihaknya masih mengalami gangguan teruk dengan menasihatkan pengguna untuk mengelak beberapa laluan.

South Western Railway pula berkata, gangguan yang dikaitkan dengan ribut itu mungkin berterusan sepanjang hari.

Menurut National Highways, beberapa jalan utama di England ditutup.

Sebanyak 330 amaran banjir turut dikeluarkan di seluruh England.



Selain itu sebanyak 140 panggilan berkaitan banjir diterima Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Lincolnshire dalam tempoh 24 jam lepas.

Sementara itu, Energy Networks Association berkata sekurang-kurangnya 10,000 pelanggan terputus bekalan elektrik pada pagi Rabu. – Bernama-dpa

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Adegan ‘aiskrim’ Amir Ahnaf kecoh di TikTok, tuan badan akhirnya mohon maaf

Suami isteri merupakan guru dan doktor ditemui mati di kondominium



Suami tak sedar diri ambil harta saya beri perempuan lain – Hajar (Video)

Pak belang muncul di Jalan Kuala Balah-Dabong



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker