MB Perak maklumkan tidak dapat bekalkan air ke P.Pinang

IPOH: Pelaksanaan Projek Skim Pemindahan Air dari Sungai Perak (SPRWTS) ke Pulau Pinang dijangka tidak dapat dilakukan pada tahun ini, kata Menteri Besar Saarani Mohamad.

Beliau berkata ini kerana kerajaan negeri perlu menunggu peruntukan daripada Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam bagi pembinaan loji rawatan air di Kerian, Utara Perak serta pelbagai lagi proses berkaitan isu bekalan air terawat antara Perak dan Pulau Pinang.

Saarani berkata kerajaan negeri sudah mengadakan perjumpaan dengan kementerian itu bagi membincangkan projek SPRWTS pada November lepas.



“Tanpa kelulusan peruntukan itu, tiada perjanjian boleh dibuat. Sudah ada keputusan kementerian, baru kita boleh laksanakan projek, kalau ikut kehendak kita, lagi cepat lagi baguslah tapi bergantung kepada peruntukan kementerian,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Perak 2024 anjuran Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yang turut dihadiri Presidennya Adnan Mat di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Ditanya mengenai permintaan Pulau Pinang yang mahu penggunaan 700 juta liter air sehari, Saarani berkata ia tertakluk kepada kecukupan pengguna domestik terlebih dahulu.

“Kalau kita tak cukup air, macam mana nak jual pada orang? Penjualan bekalan air terawat ini tertakluk kepada perjanjian,” katanya.



Semalam Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengumumkan bahawa negeri itu akan menandatangani sama ada memorandum persefahaman atau perjanjian pembiayaan dengan Perak berkaitan SPRWTS pada 2024.

Skim itu adalah sebahagian daripada Pelan Kontingensi Air Pulau Pinang 2030 yang menyaksikan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) membelanjakan RM1.18 bilion dalam tempoh beberapa tahun akan datang untuk meningkatkan bekalan air negeri kepada 602 juta liter sehari.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Adegan ‘aiskrim’ Amir Ahnaf kecoh di TikTok, tuan badan akhirnya mohon maaf

Suami isteri merupakan guru dan doktor ditemui mati di kondominium



Suami tak sedar diri ambil harta saya beri perempuan lain – Hajar (Video)

Pak belang muncul di Jalan Kuala Balah-Dabong



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker