Anwar adakan pertemuan dengan pelabur-pelabur terkemuka, teroka peluang pelaburan strategik

Anwar adakan pertemuan dengan pelabur-pelabur terkemuka, teroka peluang pelaburan strategik

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah bertemu dengan beberapa pelabur terkemuka bagi meneroka peluang pelaburan strategik merentas sektor ekonomi utama.

Menurut Perdana Menteri, antara pelabur-pelabur yang ditemui beliau ialah pengasas bersama laman Facebook Eduardo Saverin; Ketua Pegawai Eksekutif Bersama B Capital, Raj Ganguly; Pengasas WM Partners, Alejandro Weinstein dan Pengasas European Venture Funds, Peter Kadas.



Jelas Perdana Menteri, pertemuan tersebut adalah sebagai ikhtiar untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi dan mendukung visi yang terkandung dalam Ekonomi MADANI.

“Kehadiran mereka bukan sahaja mempamerkan keyakinan terhadap Kerajaan Perpaduan dan prospek ekonomi negara, malah ia membuktikan Malaysia mempunyai daya tarikan sebagai destinasi pelaburan antarabangsa.

“Perjumpaan yang pertama seumpama ini membuka peluang untuk berkongsi pandangan serta meneroka kerjasama untuk mencapai matlamat ekonomi negara.

“Perbincangan turut menyentuh memberi soal peluang bagi meneroka pelaburan dalam sektor utama seperti teknologi dan inovasi, tenaga yang boleh diperbaharui, pembangunan infrastruktur, pelancongan serta hospitaliti, dan pembuatan,” katanya dalam kenyataab hari ini.



Baca juga: Muhyiddin saran Anwar, Zahid letak jawatan

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, sesi pertemuan itu turut berkisar mengenai usaha memupuk persekitaran bagi menggalakkan pelaburan langsung asing, memperkemas peraturan dan proses, meningkatkan tatakelola dan memastikan kemampanan jangka panjang serta menekankan kepentingan tanggungjawab sosial dan pertumbuhan inklusif.

Selain itu, katanya, ia juga dengan komitmen untuk mengutamakan inisiatif yang memberi manfaat kepada masyarakat tempatan dan menyumbang kepada agenda pembangunan mampan.

Menurut Perdana Menteri, usaha berterusan kerajaan adalah untuk menyediakan persekitaran mesra pelabur yang memupuk inovasi, melindungi harta intelek dan menggalakkan kerjasama antara sektor awam dan swasta.



“Saya turut membuka ruang untuk para pelabur mengenal pasti peluang pelaburan yang sejajar dengan matlamat strategik di samping memenuhi keperluan masyarakat.

“Ini merupakan asas untuk potensi kerjasama dan pelaburan yang akan memberikan manfaat ekonomi yang besar untuk Malaysia dan rakyatnya,” katanya.

Perdana Menteri berkata, kebijakan Ekonomi MADANI adalah sebuah kerangka wahana yang jelas dan komprehensif bagi memungkinkan sebuah tatanan ekonomi negara yang mampan dan terangkum sebagai usaha dan upaya Kerajaan dalam meningkatkan tahap kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia.

Jelas beliau, visi itu menekankan peri penting penyertaan sektor swasta dan pelabur untuk memacu pertumbuhan ekonomi, menggalak daya inovasi dan juga mewujudkan peluang pekerjaan yang berkualiti serta berdampak tinggi. Utv



Anwar adakan pertemuan dengan pelabur-pelabur terkemuka, teroka peluang pelaburan strategik

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Punca penceraian Aziz M Osman



Bakal doktor dicekup melacur

“Ya aku sakit”, Mimi Lana tarik perhatian netizen



Dakwaan Syasya Dolla minum arak, ini jawapan tuan punya badan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker