TNB tutup elektrik di 40 kawasan di Pasir Mas akibat banjir

TNB tutup elektrik di 40 kawasan di Pasir Mas akibat banjir

Tenaga Nasional Berhad (TNB) menutup bekalan elektrik membabitkan 40 kawasan di Pasir Mas, Kelantan berikutan situasi banjir di daerah itu.

Menerusi kenyataan di Facebook, TNB berkata langkah itu terpaksa diambil atas faktor keselamatan susulan paras air yang semakin meningkat.



Menurut TNB, setakat jam 10 pagi ini terdapat penambahan penutupan bekalan elektrik di Pasir Mas disebabkan hujan lebat dan banjir.

“Tindakan itu dibuat oleh TNB demi keselamatan pengguna setempat. Antara yang terjejas adalah Jeram Perdah, Bongor, Bukit Lata, Taman Gemilang, Pengkalan Rakit, Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tok Deh dan Terusan.

“Selain itu, penutupan bekalan turut membabitkan kawasan Merbau Serongga, Serongga, Gual Pinang, Kuin Merah, Gual Nering, Kebakar, Gual Sitok dan Gual Bunut,” kata TNB.

TNB turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menghidupkan peralatan elektrik sekiranya palam atau soket alir keluar berada dalam keadaan basah atau ditenggelami air banjir.



“Sentiasa waspada dengan hujan lebat dan keadaan berisiko banjir. Jauhi elektrik yang terendam air banjir kerana dikhuatiri berlakunya kebocoran arus.”

Dalam perkembangan terkini, dimaklumkan Kompleks ICQS di Rantau Panjang masih beroperasi seperti biasa walaupun laluan untuk ke Rantau Panjang dilanda banjir.

Jurucakap JIM Kelantan berkata walaupun ada kakitangan terputus hubungan untuk ke ICQS, bagaimanapun terdapat pegawai yang masih bertugas.
“Kita akui ada berlaku salah faham berhubung penutupan ICQS, memang ada kakitangan tidak dapat hadir kerana Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang terputus akibat banjir.

“Namun ada tiga kakitangan yang ditugaskan di ICQS dan tidak pulang. Sehingga hari ini kita tidak menerima sebarang arahan untuk penutupan ICQS. Operasi berjalan seperti biasa setakat ini,” katanya.



Terdahulu, media melaporkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas memaklumkan laluan Pasir Mas-Rantau Panjang ditutup bagi semua kenderaan mulai malam tadi. Mk

TNB tutup elektrik di 40 kawasan di Pasir Mas akibat banjir

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



‘Dibikin’ selama 15 tahun, filem Syaitan Munafik bakal menyeramkan penonton

CEO Starbucks merungut apa tu?



Caprice dipanggil ke IPD, netizen sedia ‘backup’ demi keadilan

Dividen ASB 2023 5.25 sen seunit



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker