Pesawat gagal mendarat 3 kali, Timbalan Menteri rasa mahu menangis
SHAH ALAM – Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkongsi pengalaman menakutkan apabila kapal terbang yang dinaikinya gagal melakukan percubaan mendarat sebanyak tiga kali.
Insiden itu berlaku di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Kota Bharu, Kelantan ketika beliau yang juga Pengerusi Pihak Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) mahu menghadiri program agensi tersebut di sana.
Akibat kejadian tersebut, pesawat berkenaan terpaksa berpatah semula ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang, Selangor.
Ahli Parlimen Parit Sulong itu berkata, perasaannya ketika di udara tidak dapat dibayangkan kerana situasi terbabit sangat mendebarkan.
“Pengalaman menakutkan. Cubaan mendarat dilakukan juruterbang sebanyak tiga kali.
“Berpusing-pusing kapal (terbang). Semua perasaan ada. Nak menangis ada, nak muntah ada, nak buang air ada…yang pasti amat menakutkan,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.
Tambah Noraini, akhirnya kapal terbang berkenaan terpaksa berpusing semula ke LTSAAS kerana kehabisan bahan api.
“Tak pernah (saya) lalui pengalaman menakutkan seperti ini.
“Terima kasih ALLAH beri peluang (kepada saya) untuk terus berbakti,” ujarnya.
Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan tentang punca pesawat terbabit tidak dapat mendarat sama ada faktor cuaca, masalah teknikal atau masalah lain.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- ‘Terkucil’ di pentas AJL, Nabila Razali mahu elak ulangi
- ‘Terkejut Beruk’ penyebab warga emas meninggal dunia
- Berpakat menaikkan harga, MyCC denda RM415 juta kepada 5 syarikat pengeluar makanan ayam
- Tindakan Tony Pua kritik Kerajaan Anwar dapat pembelaan Puad Zarkashi
- SPRM sita Menara Ilham milik Tun Daim Zainuddin
- Syasya Dolla dipukul kekasih?
- Mini Dhaka di KL diserbu
- Nik Nazmi jawab tuduhan Chegu Bard
- Yusof dibenarkan tayang badan – Zizi
- PAS jadikan Islam ‘alas kaki’
- Malaysia terima pujian antarabangsa halang kapal Israel berlabuh
- Ketua Pemuda PAS disekolahkan pemimpin UMNO
- Selepas 2 hari bertarung nyawa, lelaki dilanggar ketika bantu mangsa nahas akhirnya meninggal dunia
- Sempat makan bersama sebelum tikam rakan wanita hingga mati
- Ibu mangsa buli di MCKK kesal sehingga kini tiada pembelaan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Dibikin’ selama 15 tahun, filem Syaitan Munafik bakal menyeramkan penonton
CEO Starbucks merungut apa tu?
Caprice dipanggil ke IPD, netizen sedia ‘backup’ demi keadilan
Dividen ASB 2023 5.25 sen seunit