Skuad Harimau Malaya kini bernilai RM34.5 juta

KUALA LUMPUR: Skuad 26 pemain Harimau Malaya yang dipanggil menyertai kem latihan pusat bagi persiapan ke Piala Asia 2023 bulan depan bernilai kira-kira 6.7 juta Euro atau RM34.5 juta.

Jumlah itu adalah nilai pasaran keseluruhan pemain yang dipanggil ketua jurulatih, Kim Pan Gon berdasarkan tanda harga diletakkan laman antarabangsa, transfermarkt.com.

Pemain berdarah kacukan Malaysia-Belgium, Dion Cools yang beraksi bersama kelab Thailand, Buriram United memegang status pemain termahal dalam skuad dengan nilai pasaran RM3.8 juta.



Bintang muda sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi yang juga pemenang anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia 2021 dan 2022 muncul pemain kedua termahal apabila diberikan ‘tanda harga’ RM2.8 juta.

Faisal Halim dan Matthew Davies pula di kedudukan ketiga dengan nilai pasaran RM2 juta manakala pemain naturalisasi terbaharu, Romel Morales bernilai RM1.4 juta.

Berdasarkan nilai skuad dalam Kumpulan E saingan Piala Asia 2023, Malaysia boleh dianggap pasukan paling kerdil jika dibandingkan dengan pasukan lain terutama Korea Selatan, Jordan dan Bahrain.

Korea Selatan yang memiliki pemain berkelas dunia jelas berada pada ‘kedudukan’ berbeza dengan nilai pasaran diletakkan oleh transfermarkt.com buat skuad itu adalah RM967 juta.



Tonggak pertahanan, Kim Min Jae yang beraksi bersama gergasi Jerman, Bayer Munich menjadi pemain termahal skuad Taegeuk Warriors dengan nilai pasaran RM308 juta.

Nilai kapten Korea Selatan, Son Heung Min juga sudah jauh mengatasi nilai pasaran bagi satu skuad Harimau Malaya dengan bintang Tottenham Hotspur itu memegang tanda harga RM256 juta.

Tiga lagi pemain Korea Selatan memiliki nilai pasaran yang mengatasi keseluruhan skuad Harimau Malaya termasuk pemain Wolverhampton Wanderers, Hwang Hee Chan dan pemain Paris Saint-Germain, Lee Kang In yang bernilai RM113 juta selain Hong Hyun Seok (RM41 juta).

Sementara itu, nilai pasaran keseluruhan skuad kebangsaan Jordan dan Bahrain turut mengatasi Harimau Malaya apabila masing-masing memiliki nilai keseluruhan berjumlah RM60 juta dan RM49 juta.



Pemain kelab Montpellier HSC, Musa Al Taamari menjadi pemain termahal Jordan dengan nilai pasaran RM30 juta manakala Ali Madan yang memegang tanda harga RM10 juta berada di kedudukan teratas nilai pasaran pemain Bahrain.

Bagaimanapun terdapat beberapa pemain Jordan dan Bahrain yang tidak diletakkan nilai terkini oleh laman transfermarkt.com.

Malah, jumlah nilai pasaran skuad terbabit juga hanyalah anggaran berdasarkan tanda harga pemain berikutan skuad akhir yang akan ke Piala Asia 2023 belum muktamad.

Nilai pasaran pemain Harimau Malaya



1. Dion Cools – RM3.8 juta

2. Arif Aiman Hanapi – RM2.8 juta

3. Matthew Davies – RM2 juta

4. Faisal Halim – RM2 juta



5. Ahmad Syihan Hazmi Mohamed – RM1.5 juta

6. La’vere Corbin Ong – RM1.5 juta

7. Afiq Fazail – RM1.5 juta

8. Stuart Wilkin – RM1.5 juta



9. Romel Morales – RM1.4 juta

10. Paulo Josue – RM1.4 juta

11. Dominic Tan – RM1.4 juta

12. Shahrul Saad – RM1.3 juta

13. Endrick Dos Santos – RM1.3 juta

14. Akhyar Rashid – RM1 juta

15. Brendan Gan – RM1 juta

16. Darren Lok – RM1 juta

17. Safawi Rasid – RM1 juta

18. Daniel Ting – RM898,000

19. Khuzaimi Piee – RM898,000

20. Syahmi Safari – RM898,000

21. Azri Ghani – RM770,000

22. Junior Eldstal – RM770,000

23. Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman – RM770,000

24. Syamer Kutty Abba – RM641,000

25. Natxo Insa – RM513,000

26. Mohamadou Sumareh – RM513,000

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Dibikin’ selama 15 tahun, filem Syaitan Munafik bakal menyeramkan penonton

CEO Starbucks merungut apa tu?

Caprice dipanggil ke IPD, netizen sedia ‘backup’ demi keadilan

Dividen ASB 2023 5.25 sen seunit

663.

/].7

11111111kjutyygyjm

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker