Konvensyen Amanah: Jawatan Mat Sabu sebagai presiden jadi tumpuan
Pemilihan lima jawatan tertinggi termasuk Presiden dalam kalangan 27 Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional Parti Amanah Negara (Amanah) merupakan antara dinantikan pada Konvensyen Nasional parti itu yang bermula hari ini.
Pemilihan bagi penggal 2023-2026 itu menyaksikan 124 calon telah menyerahkan borang pencalonan, termasuk Presiden parti Datuk Seri Mohamad Sabu, dua Naib Presiden iaitu Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa dan Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari serta Pengarah Strategi Amanah Datuk Seri Dr Zulkefly Ahmad.
Mohamad yang merupakan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan dijadual memulakan atur cara konvensyen selama dua hari itu dengan menyampaikan pidato presiden pada kira-kira 10 pagi sebelum dibahaskan oleh perwakilan.
Jika dipilih semula, ia akan menjadi penggal terakhir bagi Mohamad untuk mengemudi parti yang mempunyai lebih 200,000 ahli itu.
Menurut perlembagaan parti, kedudukan lima jawatan tertinggi termasuk Presiden ditentukan secara konsensus oleh 27 pimpinan tertinggi yang akan dipilih oleh perwakilan, dan seseorang hanya boleh menjadi presiden selama tiga penggal berturut-turut.
Dalam pada, atur cara konvensyen juga menyaksikan satu taklimat khas berhubung perkembangan semasa situasi di Palestin akan diadakan dengan perkongsian disampaikan oleh wakil daripada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim).
Ia akan disusuli dengan pembentangan dan perbahasan usul oleh perwakilan sebelum sesi pemilihan bagi Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah 2023-2026 dijalankan esok.
– Bernama
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- ‘Terkucil’ di pentas AJL, Nabila Razali mahu elak ulangi
- ‘Terkejut Beruk’ penyebab warga emas meninggal dunia
- Berpakat menaikkan harga, MyCC denda RM415 juta kepada 5 syarikat pengeluar makanan ayam
- Tindakan Tony Pua kritik Kerajaan Anwar dapat pembelaan Puad Zarkashi
- SPRM sita Menara Ilham milik Tun Daim Zainuddin
- Syasya Dolla dipukul kekasih?
- Mini Dhaka di KL diserbu
- Nik Nazmi jawab tuduhan Chegu Bard
- Yusof dibenarkan tayang badan – Zizi
- PAS jadikan Islam ‘alas kaki’
- Malaysia terima pujian antarabangsa halang kapal Israel berlabuh
- Ketua Pemuda PAS disekolahkan pemimpin UMNO
- Selepas 2 hari bertarung nyawa, lelaki dilanggar ketika bantu mangsa nahas akhirnya meninggal dunia
- Sempat makan bersama sebelum tikam rakan wanita hingga mati
- Ibu mangsa buli di MCKK kesal sehingga kini tiada pembelaan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Dibikin’ selama 15 tahun, filem Syaitan Munafik bakal menyeramkan penonton
Caprice dipanggil ke IPD, netizen sedia ‘backup’ demi keadilan