4 sungai di Terengganu kini lepasi paras bahaya
KUALA TERENGGANU: Hujan yang melanda Terengganu sejak pagi tadi menyebabkan paras air di kebanyakan sungai utama di Terengganu menunjukkan trend peningkatan.
Setakat jam 9 malam ini, empat sungai merekodkan bacaan melepasi paras bahaya, empat paras amaran dan lima lagi paras waspada.
Berdasarkan laman web rasmi Public InfoBanjir Jabatan Pengairan dan Saliran, tiga sungai yang mencatatkan
bacaan melebihi paras bahaya adalah tiga di daerah Hulu Terengganu serta satu di daerah Dungun.
Di Hulu Terengganu, ia membabitkan Sungai Peneh di Kampung Felda Mengkawang (F1) dengan bacaan 38.01 meter (m), Sungai Peneh di Felda Mengkawang (37.94m) dan Sungai Tersat di Kampung Sekayu (21.68m).
Turut merekodkan bacaan melepasi paras bahaya adalah Sungai Dungun di Kampung Pasir Raja, Dungun yang kini mencatatkan bacaan 39.23m berbanding paras normal 35.7m.
Sementara itu, dua sungai di Hulu Terengganu iaitu Sungai Berang di Kampung Menerong dengan bacaan 24.10m dan Sungai Telemong di Kuala Ping yang berada pada paras 19.4m pula direkodkan melepasi paras amaran.
Selain itu, dua lagi sungai yang direkodkan melepasi paras amaran adalah Sungai Nerus di Kampung Langkap, Setiu dengan bacaan 20.31m dan Sungai Tumpat di Kampung Baru, Kemasik, Kemaman yang berada pada paras 2.05m.
Lima sungai yang melepasi paras waspada adalah dua di Setiu serta masing-masing satu di Besut, Kuala Terengganu dan Kemaman.
Di Setiu, Sungai Nerus di Kampung Bukit dan Sungai Setiu di Kampung Besut masing-masing merekodkan bacaan 10.77m dan 16.46m.
Tiga lagi sungai yang melepasi paras waspada adalah Sungai Besut di Jambatan Keruak, Besut (33.63 m), Sungai Terengganu di Jambatan Angkat, Kuala Terengganu (1.41 m) dan Sungai Tebak di Jambatan Tebak, Kemaman (17.66m).
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- ‘Terkucil’ di pentas AJL, Nabila Razali mahu elak ulangi
- ‘Terkejut Beruk’ penyebab warga emas meninggal dunia
- Berpakat menaikkan harga, MyCC denda RM415 juta kepada 5 syarikat pengeluar makanan ayam
- Tindakan Tony Pua kritik Kerajaan Anwar dapat pembelaan Puad Zarkashi
- SPRM sita Menara Ilham milik Tun Daim Zainuddin
- Syasya Dolla dipukul kekasih?
- Mini Dhaka di KL diserbu
- Nik Nazmi jawab tuduhan Chegu Bard
- Yusof dibenarkan tayang badan – Zizi
- PAS jadikan Islam ‘alas kaki’
- Malaysia terima pujian antarabangsa halang kapal Israel berlabuh
- Ketua Pemuda PAS disekolahkan pemimpin UMNO
- Selepas 2 hari bertarung nyawa, lelaki dilanggar ketika bantu mangsa nahas akhirnya meninggal dunia
- Sempat makan bersama sebelum tikam rakan wanita hingga mati
- Ibu mangsa buli di MCKK kesal sehingga kini tiada pembelaan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Dibikin’ selama 15 tahun, filem Syaitan Munafik bakal menyeramkan penonton
Caprice dipanggil ke IPD, netizen sedia ‘backup’ demi keadilan
663.
/].7
11111111kjutyygyjm
You must be logged in to post a comment.