Penyitaan Menara Ilham bukan muslihat, gimik kerajaan – Anwar

Penyitaan Menara Ilham bukan muslihat, gimik kerajaan – Anwar

Siasatan rasuah membabitkan individu ternama oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak seharusnya dikaitkan dengan sebarang bentuk muslihat oleh pentadbiran kerajaan ketika ini.

Sebaliknya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, siasatan itu membuktikan komitmen agensi penguat kuasa rasuah itu dalam menjalankan siasatan tanpa mengira latar belakang individu atau dipengaruhi pihak tertentu.

“SPRM menjalankan tugas dia dan tidak mengira kedudukan sama ada dia tun, tan sri. Kalau tidak, ia kritikannya apa? Ikan kecil ini ditangkap, yang kepala-kepala tak boleh disentuh.

“Bila sentuh, masih ada yang pertahankan dan gunakan pengaruh, media terutama media sosial. Biarkan siasatan dibuat,” katanya ditemui media selepas solat Jumaat di Masjid Kota Damansara di sini hari ini.

Terdahulu, Anwar ditanya mengenai tindakan sita oleh SPRM ke atas Menara Ilham di Jalan Binjai, di sini, yang dikatakan milik keluarga bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

Notis penyitaan bangunan 60 tingkat itu bertarikh 18 Disember lalu disiarkan hari ini melalui ruangan pemberitahuan sebuah portal berita, dengan ditandatangani Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Ahmad Akram Gharib.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, isu kekayaan yang dikaitkan dengan pemimpin tertentu itu bukanlah satu perkara baru.

“Dia bukan rahsia umum. Seorang yang memunggah kekayaan begitu besar. Biarlah ada siasatan supaya pemimpin jangan dilihat sebagai melindungi perasuah besar.

“Jadi, itulah tanggungjawab SPRM jalankan tugas siasatan dan jangan buat tafsiran. Setiap kali kita sentuh ‘orang besar’, maknanya ada muslihat. Kalau orang kecil yang kita sentuh, tidak ada apa-apa. Jadi, sistem apa begitu?” katanya.

Anwar menjelaskan, tindakan siasatan dilaksana badan penguat kuasa negara mesti menunjukkan contoh keberanian, khususnya dalam mengambil tindakan terhadap perasuah besar.

“Kita bukan mewakili satu sistem yang bobrok. Sistem kita mesti menunjukkan contoh keberanian untuk bertindak kepada perasuah besar.

“Apakah ia benar atau tidak, biarlah proses dijalankan dan kemudiannya badan kehakiman memutuskan,” katanya. BH

Penyitaan Menara Ilham bukan muslihat, gimik kerajaan – Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Dibikin’ selama 15 tahun, filem Syaitan Munafik bakal menyeramkan penonton

CEO Starbucks merungut apa tu?

Caprice dipanggil ke IPD, netizen sedia ‘backup’ demi keadilan

Dividen ASB 2023 5.25 sen seunit

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker