Orang India dipaksa makan daging lembu, Melayu dipaksa makan daging babi

Orang India dipaksa makan daging lembu, Melayu dipaksa makan daging babi

Lima rakyat Malaysia yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia untuk dijadikan ‘scammer’ sebuah syarikat di Laos selamat pulang ke tanah air hari ini.

Mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA) jam 10.00 pagi, menaiki pesawat Air Asia dari Vientiane, Laos ke Chiang Mai, Thailand.

Mangsa, K Khirubhananthan, 25, berkata beliau dan empat rakannya, K Khirubhakaran, 25, T Thinagaran, 35, Farhana Mohd Zainal Abdain, 26 dan Muhammad Amirrul Nor Azman, 26, pada awalnya ditawarkan pekerjaan sebagai pegawai khidmat pelanggan dalam talian di Laos oleh dua individu yang dikenali sebagai Andy serta Sam.

Katanya, dua individu berkenaan menawarkan gaji sebanyak RM6,000 sebulan kepada mereka dan akan menyediakan kemudahan kediaman sekiranya bekerja di sebuah syarikat swasta di Laos.

“Selepas sampai di Laos, mereka membawa kami ke suatu tempat dan dipaksa bekerja selama dua minggu sebagai pegawai khidmat pelanggan dalam talian.

“Kemudian kami dipindahkan ke sebuah rumah sebelum kami dijual kepada warga China dan Taiwan.

“Kami dikurung di rumah berkenaan, pada masa sama, kami yang berbangsa India dipaksa untuk makan daging lembu, manakala rakan yang berbangsa Melayu dipaksa makan daging babi sehari sekali,” katanya ketika ditemui di balai ketibaan KLIA 2 di sini hari ini.

Menurut Khirubhananthan, sindiket berkenaan juga mengugut mereka untuk melakukan renjatan elektrik dan mahu mematahkan kaki mereka sekiranya tidak melakukan kerja berkenaan.

“Sindiket berkenaan turut merampas telefon bimbit dan pasport kami menyebabkan kami terputus hubungan dan tidak dapat bergerak ke mana-mana.

“Kemudian kami terpaksa meminta pertolongan daripada warga Laos dengan meminjam telefon bimbit untuk menghubungi pihak yang boleh membantu kami melepaskan diri dari sindiket berkenaan.

“Kami berjaya menghubungi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Sim Chon Siang dan pegawainya untuk datang menyelamatkan kami di sini, semalam.

Katanya, orang ramai dinasihatkan untuk lebih berhati-hati sekiranya ditawarkan pekerjaan dengan gaji yang lumayan terutamanya di dalam talian supaya tidak menjadi mangsa penipuan atau pemerdagangan manusia. BH

Orang India dipaksa makan daging lembu, Melayu dipaksa makan daging babi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Dibikin’ selama 15 tahun, filem Syaitan Munafik bakal menyeramkan penonton

CEO Starbucks merungut apa tu?

Caprice dipanggil ke IPD, netizen sedia ‘backup’ demi keadilan

Dividen ASB 2023 5.25 sen seunit

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker