Anwar tegur Ustaz kupas isu ikut sentimen politik
Anwar tegur Ustaz kupas isu ikut sentimen politik
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur tindakan segelintir pendakwah yang terburu-buru mengupas sesuatu isu yang disifatkan beliau lebih mengikut sentimen politik.
Perdana Menteri berkata, seharusnya pihak terbabit menyemak terlebih dulu fakta sebelum membuat sebarang penjelasan kepada orang ramai.
“Bila ditanya salah seorang ustaz di Terengganu (UAI), dia kupas (soalan ditanya itu) tanpa mendengar (konteks sebenar)… terus dia kata pemimpin besar ini jahil dan keliru dan menyesatkan dan mengatakan orang ini orang Kristian.
“Baca, dengar konteksnya. Kita seorang pendakwah jangan terburu-buru ikut sentimen politik. Ini masalahnya, kalau ikut sentimen betul (tidak mengapa) dari segi semangat agama.
“Pertama semak dulu kenyataan itu benar atau tidak, keduanya fakta itu benar atau tidak. Kalau tidak (benar)… boleh tegur saya, saya boleh betulkan,” katanya ditemui media selepas selesai solat Jumaat di Masjid Kota Damansara hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shaari.
Komen Anwar itu dipercayai merujuk ulasan seorang penceramah terkenal yang tular di media sosial mengenai kenyataan Perdana Menteri berkaitan tujuh pemuda Ashabul Kahfi, yang disentuh sewaktu Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) minggu lalu.
Tanpa memperincikan pendakwah berkenaan, Anwar mengakui kenyataan disentuh agamawan itu berkait ucapannya pada majlis bersama penjawat awam itu.
“Minggu lalu saya beri ucapan kepada penjawat awam di Jabatan Perdana Menteri dan mengupas ayat al-Quran surah A-Kahfi.
“Saya sampaikan pada masa itu sistem dan kerajaan serta raja yang zalim itu penyembah berhala, ditolak orang beriman termasuk tujuh pemuda ini yang kemudian berlindung di gua.
“Saya kata ada juga cerita yang disampaikan oleh golongan Nasrani dalam bidang itu. Pada masa itu tentunya mereka ini mengikut kalau beberapa kitab tafsir penganut agama Nasrani, iaitu sekarang kita sebut Kristian,” katanya.
Anwar berkata, kisah dalam Al-Kahfi itu antara lain diceritakan mengenai kisah anak muda yang kuat imannya.
Anwar tegur Ustaz kupas isu ikut sentimen politik
Baca Artikel Menarik:
- ‘Terkucil’ di pentas AJL, Nabila Razali mahu elak ulangi
- ‘Terkejut Beruk’ penyebab warga emas meninggal dunia
- Berpakat menaikkan harga, MyCC denda RM415 juta kepada 5 syarikat pengeluar makanan ayam
- Tindakan Tony Pua kritik Kerajaan Anwar dapat pembelaan Puad Zarkashi
- SPRM sita Menara Ilham milik Tun Daim Zainuddin
- Syasya Dolla dipukul kekasih?
- Mini Dhaka di KL diserbu
- Nik Nazmi jawab tuduhan Chegu Bard
- Yusof dibenarkan tayang badan – Zizi
- PAS jadikan Islam ‘alas kaki’
- Malaysia terima pujian antarabangsa halang kapal Israel berlabuh
- Ketua Pemuda PAS disekolahkan pemimpin UMNO
- Selepas 2 hari bertarung nyawa, lelaki dilanggar ketika bantu mangsa nahas akhirnya meninggal dunia
- Sempat makan bersama sebelum tikam rakan wanita hingga mati
- Ibu mangsa buli di MCKK kesal sehingga kini tiada pembelaan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Dibikin’ selama 15 tahun, filem Syaitan Munafik bakal menyeramkan penonton
CEO Starbucks merungut apa tu?
Caprice dipanggil ke IPD, netizen sedia ‘backup’ demi keadilan
Dividen ASB 2023 5.25 sen seunit