Sukarno merana di Malaysia

Sukarno merana di Malaysia

GOMBAK: Lelaki Indonesia merana akibat ditipu ‘ejen’ yang berjanji akan menyediakan segala dokumen untuk bekerja di Malaysia dengan bayaran RM3,000, hampir dua tahun lalu.

Sukarno, 28, ditahan dalam Ops Bersepadu TIP yang dijalankan Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di Kawasan Perindustrian Kundang, Rawang di sini, semalam.

Menurutnya, setibanya di Malaysia, ejen berkenaan menghilangkan diri, namun masih boleh dihubungi menerusi telefon.

Bagaimanapun, ejen itu memberikan pelbagai alasan apabila dia menuntut segala janji-janji yang dibuat semasa membuat pembayaran.

Pada peringkat awal, dia terpaksa bekerja secara haram di sebuah ladang selama beberapa bulan sebelum bekerja di kilang memproses barang lusuh berkenaan.

“Saya datang mahu cari wang kerana di kampung kerja kurang. …ada bercucuk tanam pun sedikit sahaja tidak seperti Malaysia, ada ladang sawit, kilang-kilang dan sebagainya.

“Di sini, walaupun kerja berat dan waktu kerja panjang tapi saya bersyukur dengan apa sahaja gaji yang diterima.

“Saya terpaksa kerja keras untuk bayar ejen di Indonesia 10 juta rupiah (RM3,000) tetapi apabila sampai di sini dia menghilangkan diri dan nombor telefon diberikan sudah tidak dapat dihubungi,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan, malam tadi.

Bapa kepada seorang cahaya mata itu berkata, dia menerima upah RM80 sehari dan mampu memperoleh pendapatan bulanan mencecah RM2,200 dengan kerja memproses barangan plastik lusuh yang dibawa masuk dari China.

Dia dan dua rakan senegara serta beberapa warga asing lain tinggal di ruangan yang dibina sebagai bilik dalam kilang itu, dengan menggunakan papan.

“Makan minum tidak disediakan oleh majikan yang saya percaya berasal dari China kerana dia tidak pandai bercakap Bahasa Melayu.

“Di sini, kami dijaga oleh dua penyelia yang dikenali hanya sebagai uncle dan auntie. Kami cuma menurut sahaja apa yang disuruh mereka, kami buat,” katanya.

Menurutnya, walaupun terpaksa tinggal dalam suasana yang kotor dan dipenuhi sisa sampah plastik di merata tempat, dia sanggup mengharunginya demi ibu bapa, isteri, serta anak yang baru berusia dua tahun di Flores, Indonesia.

Kadang-kadang mereka dibenarkan keluar ke pasar malam berhampiran, namun dia jarang ke mana-mana kerana khuatir ditahan pihak berkuasa berikutan tiada dokumen perjalanan yang sah.

“Saya takut mahu keluar, kadang-kadang sebulan sekali sahaja saya keluar. Segala keperluan harian kami minta bantuan seorang warga tempatan untuk belikan dan kami akan masak.

“Setiap bulan. saya akan hantar pulang RM700 ke RM800 ke kampung untuk perbelanjaan keluarga di sana. Saya tak mahu hidup begini tetapi demi keluarga saya terpaksa,” katanya. BH

Sukarno merana di Malaysia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai penuh kabinet baru 2023

Artis seksi akhiri zaman janda, bakal nikah kerabat Raja

Zara sindir genosid di Palestin?

Mayat bogel ditemui dengan banyak kesan lebam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker