Mayat Erra Fazira tak dapat dihantar pulang ke kampung

Mayat Erra Fazira tak dapat dihantar pulang ke kampung

LIPIS: Dua mayat wanita Orang Asli Kampung Lenjang dan Kampung Sinderut di pedalaman Ulu Jelai di sini tidak dapat dihantar pulang untuk disemadikan oleh ahli keluarga masing-masing berikutan tiada kenderaan pihak berkuasa berkaitan.

Suami mendiang Erra Fazira Hamzah, Amri Bah Jong berkata kediamannya di Kampung Sinderut, 170 kilometer dari sini, tidak dapat dihantar ke kampungnya untuk disemadikan kerana tiada kenderaan untuk menghantar mayat isterinya.

“Saya sudah tiga hari di sini, menunggu isteri sakit sebelum dia meninggal dunia awal pagi ini sehingga tiada wang lagi untuk digunakan bagi membayar sewa kenderaan.

“Mayat isteri saya sudah dibenarkan untuk dibawa pulang oleh pihak hospital tetapi tiada kenderaan pula untuk membawanya balik kerana tiada kenderaan untuk ke Kampung Sinderut, ” katanya ketika ditemui di Hospital Lipis, semalam.

Menurutnya, dia cuba menghubungi pihak berkaitan tetapi gagal untuk mendapatkan bantuan kenderaan menghantar mayat isterinya.

“Saya dimaklumkan, ketiadaan kenderaan pihak berkaitan untuk menghantar mayat pulang ke kampung kerana difahamkan kenderaan milik sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal Orang Asli di sini rosak,” katanya.

Orang Asli dari Kampung Lenjang, Rosnan Bah Ding, 44, turut mengalami nasib yang sama kerana tiada ada bantuan kenderaan pihak berkaitan untuk membawa balik mayat isterinya, Wak Sai Bah Ema, 48, pulang ke kampung halamannya kira-kira 86 kilometer atau lima jam perjalanan dari bandar Kuala Lipis.

“Isteri saya mendapat rawatan selepas dipercayai jangkitan COVID-19 dan disahkan meninggal dunia dua hari lalu dan mayat dibenarkan dibawa pulang tetapi masalahnya saya tidak mempunyai kenderaan.

“Tidak ada kenderaan lain yang sanggup menghantar mayat ini pulang ke kampung melainkan kenderaan milik agensi kerajaan berkenaan, saya memohon bantuan pihak lain selepas menghubungi pihak berwajib tetapi tidak menjawab panggilan,” katanya.

Menurutnya, sewajarnya pihak berwajib lebih peka dengan kebajikan Orang Asli terutamanya membabitkan kematian khususnya keselesaan membawa mayat balik ke kampung untuk disemadikan.

“Saya sudah tiada wang lagi untuk menyewa kenderaan lain kerana sudah kehabisan wang sejak menunggu mendiang isteri yang dirawat sebelum ini sehingga meninggal dunia dan berasa tertekan dengan masalah ini,” katanya. BH

Mayat Erra Fazira tak dapat dihantar pulang ke kampung

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai penuh kabinet baru 2023

Artis seksi akhiri zaman janda, bakal nikah kerabat Raja

Zara sindir genosid di Palestin?

Mayat bogel ditemui dengan banyak kesan lebam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker